Apabila kau cuba memperjuangkan hak orang lain, tapi hakikatnya kau seorang sahaja fikir begitu.Memang pedih.
Tapi itu memberi kau satu maklumat penting :Mereka mempunyai hak untuk mempertahankan diri sendiri.Dan mereka juga ada hak untuk pasrah dan redha.
Jadi, toleh ke depan jangan difikir lagi.
Walau murni mana niatmu, jika mereka fikir ia hanya sekeping egomu, maka biarkanlah mereka berlalu.
Mulai hari ini aku juga tekad, apa yang berlaku biarlah.
Aku tidak marah…Aku kecewa.
Bila mana ada yang teraniaya dan yang tidak pula tidak mahu bangkit kerana mahu menjaga nama.
Jika kamu dari awal rela, kenapa aku sibuk merancang rencana?
Agar kamu bisa di perjuangkan.
Maaf aku bukan seorang yang hebat,Aku juga banyak kali gagal dalam hidup,
Namun aku selalu melihat masalah orang lain dengan kaca mata yang berbeza…
Mungkin itu kelemahan aku pada matamu…Namun pada insan yang mana aku pernah perjuangkan, mereka lebih tahu.Sekian,
– Azlin -Punya bicara, namun punya hati.