bachelor-of-nursing

Salam Kenal-kenalan pada yang baru mengenali, salam rindu-rinduan pada yang lama sudah ku kenali.

Ewah, best nampak ngarang ! Saja ja, baru nak ngeteh balik blogging… rindu woo ! Aiseh… so sekarang Bizznurse dah blogging dalam bahasa Melayu lah ya? Eh tak… Bizznurse masih ada, yang tu kita karang omputih, yang ni sempoi-sempoi kita boleh sembang bahasa Melayu…

Ceh, tengok intro cam best je kan? Takdelah saja nak up sket gambar yang dah cramp dalam external hardisk. Sekarang ni asik2 share je mesti share kat Facebook… maybe sebab benda mudah, snap2 terus share. Kalau kat blog ni kena upload, resize, nak kena karang…

Tapi itu dulu… ceh… Ingat nak mengembalikan zaman kegemilangan Blogger kembali lah…Zaman di mana semua menulis dari hati, boleh blogwalking baca macam-macam (bukan macam sekarang isu lebih kurang jer sebab nak uptrafik, jual like kekeke). Lagi power sebab otai-otai pun dah rajin kembali nak berblogging.. termasuk Ijad Johorean kan kan kan?

Berbalik kepada tajuk post ni ya….

Memang saya ni lulusan Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan (Bachelor of Nursing) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Scroll tu masih ada lagi sampai sekarang, cuma Tuan punya scroll dah lama tak merasa jadi Misi… jadi benda lain…

Alkisahnya Tuan punya badan ni susah dapat kerja… lalu berjinak-jinak ke dunia design komersil…Dari design Facebook, up ke design blog, pastu up lagi sekarang Alhamdulillah dah jadi Webmaster.

Okeylah ni sebagi intro ya, lama dah tak berblogging… nanti kita up lagi k…