@thestoryofelin Bagaimana belajar memaafkan orang lain? #UniversityOfHome ♬ Biarlah Semua Berlalu – Willy Anggawinata
Mampukah aku untuk memaafkan yang lain, sedangkan aku belum mampu memaafkan diriku sendiri?
Maafkan aku, aku. Sesungguhnya sudah berpuluh tahun aku menyimpan marah dan kecewa terhadap diriku sendiri. Meletakkan segala kegagalan dan kesakitan atas diri tanpa belas dan simpati.
Wahai diri, maafkan aku.
Kerana aku terlalu memikirkan tentang yang lain, tapi tidak kepada diriku.
Seringkali aku memikirkan, andai aku mampu maafkan mereka, aku akan tenang.
Sebagaimana aku juga berharap yang lain memaafkan diriku atas segala dosa dan kekuranganku.
Hari ini, saat ini, aku juga maafkan aku.
Aku maafkan segala apa yang telah aku lakukan.
Aku maafkan atas setiap kesilapan dan kebodohan.
Aku maafkan, titik.
Kosong kosong.
Terima kasih Aku, dari aku.
#UniversityOfHome