rezeki

Bahagian Rezeki

Entri saya kalini tidak panjang,kerana malamni perlu bersengkang mata menyiapkan kerja-kerja website client. Cuma ingin memberitahu apa yang seorang sahabat pernah beritahu saya, setiap rezeki ada bahagian org lain yang akan merasa rezeki tersebut. Tidak berkurang harta mereka yang bersedekah. Dan org yang sentiasa bersedekah akan sentiasa tenang hatinya. Sedekah ini luas,sedekah ilmu,harta, peluang niaga, makanan dan juga masa.

Saluran Rezeki

Saya telah melalui tahun yang getir bermula July tahun lepas. Pelbagai ujian perlu dihadapi. Saya bersyukur kerana dikelilingi sahabat-sahabat yang membantu saya. Juga buat saudara mara yang menghulurkan bantuan. Dari manakah datangnya saluran bantuan2 ini? Dari Allah Maha Pengasih. Ini adalah rezeki yang Allah kurniakan kpd saya,yakni insan2 yang berhati mulia.

Rezeki itu pelbagai bentuk

Tahun ini,banyak benda yang Allah kurniakan kepada kami,rezeki anak,projek,tawaran temuduga, bantuan dan lain-lain. Dapatlah kami sedikit demi sedikit membayar pertolongan saudara dan sahabat. Jangan kecilkan konsep rezeki hanya kepada wang ringgit, lihat ianya suatu kemudahan atau pemberian dari Allah.

Petua Tambah Rezeki

Sedekah

Apakah petuanya? Tiada petua saya rasa,ianya amalan. Saya selalu ingatkan suami agar bersedekah di Masjid setiap kali solat jumaat. Sekarang dia berterawikh, saya ingatkan juga. Nak kata kami ni berkemampuan, hidup kami masih lagi dalam keadaan cukup2 sahaja. Namun kami percaya setiap rezeki yang Allah bagi ada bahagian org lain di dalamnya.

Membayar hutang

Seterusnya, membayar hutang bila sudah ada kemampuan. Maknanya walau mampu sedikitpun, bayar sedikit dahulu. Ingat akan setiap hutang yang telah dibuat,macam saya, saya listkan dalam sebuah buku. Alhamdulillah, senarai itu semakin berkurang hari demi hari bila mula membayarnya. Ditambah-tambah pula rezeki dari Allah.

Semoga Allah melimpahi Rezeki buat anda semua.

Solat Sunat dan Doa

Ini wajib, rajinkanlah Solat Dhuha,Tahajjud dan Solat Sunat. Saya pun tak selalu buat (sebab mungkin tidak pandai mencuri masa). Namun saya lihat kesannya ke atas kerja , perniagaan dan perhubungan rumahtangga. Jadi saya juga berazam akan rajinkan diri mulai saat ini ! Semoga dipemudahkan ya!

Solat Awal Waktu

MasyaAllah, ini yang selalu saya leka. Bila asik dihadapan computer, saya pun kadang-kadang melambatkan waktu solat , Astarghfirullahalazim! Jadi Ayuh, Solat Awal waktu jom !

Yang pernah jual jajan depan sekolah,
Elin anak Cik Pah dan Abg Mat