Berhenti Kerja
“Umi, umi kena berhenti kerja ke?”
Tanya anak kedua saya sambil saya sibuk mengemas meja saya. Saya bawa mereka bantu angkat buku-buku yang bersusun di atas meja.
“Kenapa Umi kena berhenti kerja?”
Soalan ini betul-betul menyentuh hati saya. Tidak mungkin dapat saya terangkan kenapa dengan mudah pada anak-anak yang masih kecil.
Kisah Perjuangan
Kisah saya ini cuma satu dari cerita-cerita yang banyak yang berlegar-legar di media sosial saat ini. Paling utama, adalah kisah Cikgu Mohd Fadli Salleh. Perjuangannya lebih besar, walaupun saya yakin dia mampu melaluinya, ianya tidak mudah. Ugutan dibuang kerja ini bukanlah perkara luar biasa apabila kita berkhidmat di bawah sesuatu organisasi.
“You all I petik jari ni boleh kena terminate”
Ayat ini saya bawa ke atas, namun dituduh pula mereka-reka cerita. Ditanya pula kenapa menurut sahaja semasa ianya berlaku, dan tidak melawan. Dibacakan pula kelemahan-kelemahan bagi membuktikan tidak layaknya saya menuntut kebenaran. Bahawa juga mereka adalah majikan. Dihimpit persoalan-persoalan yang berbaur kecaman. Akhirnya bila saya diminta keluar dari bilik pengadilan yang sepatutnya membantu, saya akur. Saya pulang dengan emosi yang luka dan berdarah.
Mencipta Sejarah
Cikgu, akak yakin kamu kuat. Akak yakin kamu sedang mencipta sejarah. Tuhan hadiahkan sokongan dari banyak insan-insan di luar sana. Kamu juga orang yang bijaksana, tahu memilih yang mana kaca yang mana permata. Kamu bukan sahaja menggegarkan dunia pendidikan, kamu sedang menggoncang sistem kuasa yang diperalatkan demi kepentingan sesetengah pihak.
Justice For Cikgu Fadli!
Justice For Those Who Have Been Silenced!
Noor Azlin Mohamad
#JuscticeForCikguFadli
#JusticeForCikguFadliSalleh
#JusticeForMohdFadliSalleh