Dulu masa saya mula2 berjinak2 dengan blogging world, saya dalam Niche make money blogging. Masa tu blogshop2 taklah mainstream sebagai source of income kepada blogger, jadi blogger buat duit pakai Pay Per clicks, affiliate dan seumpamanya.
Masa tu Blogger yang dalam aliran “Make Money blogging” ni dilayan lebih kurang sahaja oleh Blogger2 yang jenis “Aku tulis semua benda dalam hidup aku, korang baca aku suka aku suka”. Make money blogger Juga dikatagorikan “bukan sebagai pure blogger”.
Pernah lah satu ketika borak2 dgn sorg blogger ni… Kira dia ni otai lah. Dia kata Blogger tak patut cari duit dengan blog, thats not blogging. Katanya blogger ni patut tulis benda2 yang boleh share, like life stuff etc. If dapat peluang advertorial, okeylah kira bonus. Pendek kata, cam berdosalah kalau masuk dunia blogging ni nak cari duit.
Tapi tu dulu. Sekarang semua org dah minda terbuka. Buat duit dengan blogging sekarang dah jadi satu kerja yang diterima ramai. Orang dah tak kesah tgk blog ada ruang iklan…Org suka baca walau penuh dengan produk review.
Ada blogger cari makan menulis, ada buat blog review, ada buat design (macam I ni hahaha), jual produk, jadi retis (mcm Syukri Mohammad Nor @Broframestone ) . Jarang2 jumpa org yang blogging pure2 suci2 punya. Jadi pendek kata, Majulah Blogging untuk Negara.
(Walau sendiri dah lama tak update blog, asik main instagram ja…-Follow me @bizznurse )