Cita-cita saya dari kecil nak jadi ni: Pensyarah, Peguam,Hakim ,Penyanyi. Dalam 4 ni, yang last(penyanyi) , saya drop dr list sejak saya diberi hidayah hehehe. Yang peguam dan hakim saya drop sebab arwah mak saya tak berapa berkenaan, katanya nanti bawa ke sana (akhirat). Jadi tinggallah satu cita2 iaitu Pensyarah.
Saya dari dulu selalu menanam azam suatu hari nak jadi Pensyarah a.k.a Lecturer ni. Sejak saya graduasi, saya praktikkan cita2 saya ni masa buat consultation, teaching dan tutorial dengan client. Bila present project, bentang proposal, memang ada gaya2 Lecturer sket. Bak kata client saya “Lin ajar akak mcm cikgu” hahaha…
Kerjaya saya sekarang banyak berkisar tentang web development, customer branding, marketing, pr, social media. Saya banyak gunakan anugerah bakat dan juga pengalaman saya untuk client2 saya di pelusuk tanah air (dan juga luar negara).
Suatu hari nanti, Saya ingin pratikkan apa yang saya lakukan untuk client saya kepada Komuniti, pelajar, adik2 … Mohon Doakan saya ya teman2, Semoga terbuka luas mana2 pintu ke arah cita2 saya it .