Meja Seorang pelajar

Sejak bergelar pelajar postgraduate, tahap kesihatan mental saya bertambah baik. Cuma badan sedikit letih kerana saya waktu tidur saya telah berubah secara drastik. Ianya bagus, kerana sejak lebih setengah tahun yang lalu, saya jadi kelawar, siang mengantuk malam berjaga. Ubatan bipolar mahupun ubat tidur tidak dapat membuatkan saya tidur. Akhirnya siang jadi malam dan malam jadi siang.

Saya perlu seimbangkan kerja admin saya untuk MFS Empire, ulangkaji kelas dan juga kehidupan sebagai isteri dan ibu kepada 6 orang anak. Suami saya gigih mencari rezeki sebagai tukang photostat, di samping bantu uruskan anak-anak yang berenam ini. Jam 4 nanti saya ada kelas online, jadi saya sudah siapkan kerja MFS sebelum solat Zohor. Lebih mudah untuk saya bahagikan masa mengikut slot tetap yakni pagi untuk siapkan kerja Admin, tengahari hingga petang untuk kelas dan sterusnya untuk kehidupan di rumah.

Namun saya masih belum dapat rentak yang sesuai. Ada kalanya ada kelas pagi. Tapi mujurlah online, saya dapat ulangkaji semula waktu petang jika tak dapat sertai. Namun, oleh kerana saya juga join kelas undergraduate bagi 3 subjek, banyak juga saya perlu catch up. Mereka sudah 3 minggu ke depan dari saya. Otak saya pula jenis tak boleh lompat-lompat, nanti blur dan tak faham. Jadi saya buka notepad, tulis tangan setiap nota. Lambat tapi berkesan.

Berkenaan dengan permohonan Bantuan Kewangan Orang Kurang Upaya saya, masih belum lagi selesai prosesnya. Saya belum mendapat penyata yuran, jadi proses claim atau pembayaran masih pending. Menurut pegawai di USAS, kemungkinan dalam 20 lebih haribulan baru slip dan invoise boleh diakses di website. Ini juga bermakna saya masih belum dapat claim yuran pendaftaran yang saya telah bayar terlebih dahulu tempoh hari.

Ada beberapa sahabat yang telah tampil untuk membantu saya dari segi kewangan, Alhamdulillah. Dapatlah saya beli gunakan untuk membeli buku teks, photostat nota dan alatulis. Iya memang suami saya tukang fotostat, namun kos print masih perlu dibayar kepada penyedia mesin (kami ambil mesin fotostat sewa-beli dengan kontrak, kos dikira mengikut jumlah mukasurat dicetak). Saya asingkan derma untuk belajar di Akaun Bank Islam, kerana urusan KPT dan Usas juga melibatkan akaun itu.

Baiklah, saya perlu berhenti di sini dahulu, perlu prepare untuk kelas jam 4 petang ini. Perlu bereskan apa yang patut di rumah ini sebelum menutup telinga dengan headphone dan mula menulis nota. Percayalah, pakailah apapun masih boleh dengar suara jerita, gaduh, berebut, hilai tawa malah rancangan kartun mereka! Beginilah kehidupan ibu yang universitinya di rumah, University of Home.

Noor Azlin Mohamad