Setelah meninggalkan dunia webmaster, saya mula berkecimpung dengan jualan kosmetik pada tahun 2017. Sesiapa yang mengenali saya waktu itu pasti kenal saya sebagai #mervemom kerana saya menjual produk Merve Cosmetics. Bulan lepas, saya ada survey kosmetik halal yang ada di Malaysia. Alhamdulillah sekarang sudah ada pelbagai jenama kosmetik halal yang ada, harga pun berpatutan.
Tidak dinafikan, produk yang dijual di farmasi dan pasaraya kebanyakannya lebih murah dari produk yang dijual oleh agen atau dropship secara online.Namun, tak semua produk kosmetik halal terutamanya buatan Malaysia, ada di farmasi. Produk-produk ini hanya dijual oleh ejen sahaja malah tidak boleh dijual di Shopee untuk mengelak aktiviti buang harga dan jualan barang tiruan.
Saya telah memohon untuk menjadi dropship/agen untuk produk dari Osqais Herbs HQ , MERVE Cosmetic Malaysia , SISFEL – The Brand of Success dan Nurraysa

BB Cushion Osqais Herbs

Antara produk Merve Cosmetic dan Osqais Herbs
Buat masa ini saya tidak pegang stok di tangan, semua di pos secara direct dari Hq. Saya tak mula iklan lagi kerana bimbang saya terkejut dan cetus panik. Ini sebagai salah satu usaha saya menambah pendapatan keluarga dan juga langkah permulaan agar saya boleh perlahan-lahan meniaga secara online kembali.
Sudah lama saya tidak meniaga produk secara sejak saya mengalami anxiety dan depression pada tahun 2018. Kini dengan Bipolar cabarannya juga pasti lebih lagi. Namun, saya perlu berusaha mengatasinya perlahan-lahan. Perniagaan juga adalah universiti kehidupan tempat saya boleh belajar.
Terima kasih atas sokongan sahabat semua, doakan saya lebih sihat untuk hari-hari yang mendatang.
Salam Sayang,
@Elin Noor Azlin Mohamad
#UniversityOfHome