@thestoryofelin Petang-petang layan makan meggi kati dengan kimchi 🤤 layan oooo… #farahiyyamasak #umimakan #kimchi ♬ She Share Story (for Vlog) – 山口夕依
Ini adalah antara makanan kegemaran dan “memory-food” saya. Banyak memori yang terkait dengannya, baik pahit atau manis. Namun, maggi akan senantiasa menggembirakan saya. Lebih-lebih lagi jika orang lain yang masakkan haha. Masa kecil dahulu, selalu saya beli sebungkus dua sahaja dan kongsi dengan adik beradik. Nak beli sepeket 5 bungkus tu jarang-jarang sangatlah kan. Tapi sekarang wajib ada stok maggi kat rumah. Sebenarnya bukan jenama Maggi tapi biasa duk sebut nama tu. Macam minuman coklat semua kita panggil milo ya dak?
@thestoryofelin I think I’ve found match on heaven 🤤 #food #foodtiktok #maggi #kimchi #maggikimchi ♬ たぶん – YOASOBI
Ni si Farahiyya masakkan, dan PRO sangat dah ni. Kimchi tu pun dia buat. Sedap sangat makan dua ni panas-panas. Sebungkus tak cukup, kena dua bungkus baru ngam. Kawan-kawan suka makan maggi tak? Selain jenama Maggi apa jenama yang sedap juga?
Okay nanti saya review food lagi orite?