Di kala ramai orang tengah marah atas pelbagai sebab, saya memilih untuk tidak berada di sini, ataupun media sosial yang lain.

Namun kerana faktor kerja dan mencari pendapatan di sini, saya terpaksa hadir. Hari ini saya sesak dada, sakitnya menyucuk seolah ditusuk lembing.

Terbaca yang marah mendoakan yang tidak baik. Yang mencarut, menulis kata-kata tidak elok. Saya jadi sedih dan terkilan.

 

Jangan Doakan Keburukan

Mungkin akan ada bicara, kalau tak nak baca sudah, unfollow dan block sahaja. Tapi, bila mana ianya melibatkan kawan-kawan saya, adakah saya mampu untuk block kesemua mereka?

 

Sedikit perkongsian yang saya ambil di web:

 

===

Mendoakan atau mengharapkan kebinasaan atau keburukan atas diri orang lain, kata Imam Al-Ghazali, adalah perbuatan tercela dalam syariat Islam sebagaimana keterangannya pada Kitab Ihya Ulumiddin berikut ini:

ويقرب من اللعن الدعاء على الإنسان بالشر حتى الدعاء على الظالم كقول الإنسان مثلا لَا صَحَّحَ اللَّهُ جِسْمَهُ وَلَا سَلَّمَهُ اللَّهُ وما يجري مجراه فإن ذلك مذموم وفي الخبر إن المظلوم ليدعو على الظالم حتى يكافئه ثم يبقى للظالم عنده فضلة يوم القيامة

 

Artinya, “Dekat dengan laknat adalah mendoakan keburukan untuk orang, termasuk mendoakan orang yang berbuat zalim, seperti doa seseorang, ‘Semoga Allah tidak menyehatkan badannya,’ ‘Semoga Allah tidak memberikan keselamatan untuknya,’ atau doa keburukan sejenisnya karena semua itu adalah perbuatan tercela. Dalam hadits disebutkan, ‘Sungguh, orang yang teraniaya mendoakan keburukan untuk orang yang menganiaya sampai lunas terbayar, tetapi yang tersisa kemudian adalah kelebihan hak orang yang berbuat aniaya atas orang yang teraniaya pada hari kiamat,’” (Abu Hamid Al-Ghazali, Ihya’i Ulumiddin, [Kairo, Darus Syi‘ib: tanpa catatan tahun], juz IX, halaman 1569).
Sumber: https://islam.nu.or.id/…/hukum-mendoakan-keburukan-dan…

 

===

Tidak kira apa perkaranya, kita ada syurga dan neraka. Setiap kesalahan atau kebaikan walau yang terzahir atau tersorok, adalah nyata di sisi Tuhan.

 

Pandang sekeliling, semakin banyak ujian, semakin kita hilang kewarasan. Setiap dari kita ada tanggungjawab, ada hak, ada tugas masing-masing.

 

Menang bicara mulut, post mendapat perhatian, likes, marah dapat dilepas, sedih dapat diulas, lalu kita berkata dan menulis sehingga puas. Tanpa menyedari kita semakin membuas.

 

Selepas diam satu berita, kita pergi ke berita seterusnya. Kali ini siapa pula yang perlu kita marahkan?

 

Apabila suatu masa, yang dimarah itu kita pula, apa reaksi kita? Setelah itu, apa pula?
Fight with Pride, not prejudice.

 

Lawanlah dengan bermaruah, bukan dengan hanya kerana benci.

#UniversityOfHome