Ada waktu saya rasa kuat, anything is possible. Saya boleh masuk keluar kedai beli barang (especially kedai eco) dengan gembira. Namun bila datang “rasa tu” tiba-tiba semua benda tak kena.
Saya akan minta duduk dalam kereta sahaja. Kalau di ajak keluar saya rela berada di rumah. Tengok handset tak mahu. Buat apapun tak nak. Rasa nak tidur dan lupakan segalanya.
Saya dapati dalam seminggu 3 hari okay, lepastu 4-5 hari jadi balik. Maksudnya dalam sebulan dalam 12 hari saya okay selebihnya tak okay. Serabut. Marah-marah. Sakit hati. Nak menangis.
Harini hari kedua tak okay. Serius bunyi anak menangis pun rasa irritated sangat. Saya tahan diri saya dari marah nak pukul sahaja. Tapi saya cuba alihkan perhatian pada benda lain.
Saya elak, takut tak dapat kawal. Dulu pernah saya rasa marah sampai saya tolak kepala anak ke bucu pintu. Rasa nak hantuk-hantukkan lepastu saya tersedar dan berhenti.
Roller coaster perasaan dan emosi ini memenatkan. Selalu saya bayangkan jika saya dapat sihat kembali. Manusia normal ada juga rasa sedih, rasa marah, tapi bukan hampir setiap masa berubah-ubah.
Namun saya akan cuba setiap hari. Walau rasa teruk, walau rasa tak guna dan gagal itu menyelinap masuk dan enggan keluar. Dengan rasa berat saya akan cuba untuk terus “hidup”.
Kerana saya percaya, Tuhan tidak menguji pada yang tidak mahu. Apa yang saya tidak mahu lalui mungkin apa yang perlu saya jalani. Mungkin bukan untuk saya sahaja, malah orang lain.
Saya akan cuba menulis apabila cukup kuat, walau mungkin bukan selalu. Agar dapat saya baca kembali suatu hari betapa peperangan dalam diri ini bukan khayalan tapi kenyataan.
Agar mereka yang melalui mengetahui mereka tidak sendiri. Apa yang mereka rasa itu benar, walau tidak semua yang memahami. Saya percaya apa yang kamu rasa.
Ramai yang sayang kita, yang ingin kita sihat. Mereka cuba sedaya-upaya untuk membantu kita. Namun ada masa mereka pun hilang punca apa lagi yang tidak kena dengan kita.
Syukurlah mereka masih ada. Dari dekat dan jauh mendoakan kita. Memberi kata semangat dan juga bantuan semampu mereka.
Jika ada waktu sakit kita menjauhkan mereka, lepaskanlah mereka pergi. Biarkan mereka ada masa untuk merubat hati mereka juga. Menjaga kita ini amat memenatkan hati dan perasaan.
Alhamdulillah atas setiap ujian.
Alhamdulillah atas setiap perasaan.
Alhamdulillah atas setiap nafas yang dihela.
Tuhan sayang kita.
Pasti ada kebahagiaan untuk kita, di sini atau di sana.
Elin
( Noor Azlin Mohamad )
#bipolaranxietynotes
š· : Di kedai Eco Bukit Beruntung, berpeluh-peluh kerana ramai orang.
– Rawang, Selangor. 27 Mac 2022.