Kejutan raya tahun ini, mengejutkan ramai orang, dan juga saya. Namun saya bukan setakat terkejut kerana tidak bersedia fizikal malah mental saya. Ianya menjadi trigger pula. Saya ingin berada di rumah sahaja.
Namun kerana mengingatkan anak-anak, saya gagahkan juga beraya rumah adik-adik saya. Bila balik ke rumah saya sakit berhari-hari. Maka raya juga tertangguh di rumah ini. Tiada gambar raya, tiada kemeriahan raya. Cuma saya yang tidur di kala matahari terbit dan berjaga bila ia terbenam.
Jadi semalam kebetulan adik saya datang beraya, maka saya minta anak-anak bersiap. Saya kenakan bedak dan eye shadow, anak-anak perempuan pun turut sama. Maka inilah gambar raya anak-anak. Cuma Ammar yang tak mahu pakai baju raya.
Jom saya kongsikan gambar-gambar raya buat kenangan:
Mereka berbeza rupa, perangai juga tidak sama. Namun mereka semua memahami keadaan saya. Tidak sesekali mereka mengeluh, malah selalu menceriakan suasana. Ada sahaja gelagat dan cara mereka agar saya tertawa.
Saya selalu berdoa mereka sihat, jadi anak-anak yang solehah dan berjaya dunia akhirat. Mohon doakan saya lebih sihat hari-hari yang mendatang. Terima kasih atas sokongan, sumbangan dan limpahan kasih sayang.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, dari Abang Nan, Kak Elin, Farahiyya, Ainnur, Fuad, Ainna, Ameera dan Ammar. Maaf zahir dan batin
@thestoryofelin Raya kan sebulan 😆❤️Selamat Hari Raya dari Ainna, Ammar dan Ameera #raya2022 #raya #rayaterkejut #rayaterlambat ♬ Pejam Celik Hari Raya – Iman Troye
@thestoryofelin Raya kan sebulan 😆❤️Selamat Hari Raya dari Ainna, Ammar dan Ameera #raya2022 #raya #rayaterkejut #rayaterlambat ♬ Pejam Celik Hari Raya – Iman Troye