sharing-is-caring

Salam,

Selamat hari sabtu yangditunggu-tunggu sepanjang minggu setelah penat bekerja. Sharing is caring…ye ke? Macama macamana kalau terlebih sharing tu…

Trend sekarang kalau boleh semua nak share. Tadi aku makan itu, lepastu 10 minit lagi share plak gambar order air sirap. Lepastu 10 minit (maybe taksampai pun) share plak kita singgah kedai baju sebelah kedai makan tadi.

Ada banyak bahayanya kakak oi…kita tak tahu sapa yang dok follow kita.. Dia tahu kita kat mana, buat apa…tu yang jadi case rompakan lah,pecah rumah waktu kita keluar, culiklah. Senang keeja orang jahat sekarang, follow jer kat instagram, tweeter atau Facebook, boleh tahu waktu hatta kita masuk toilet pun (sbb masa tu pun ada yang sempat selfie2 bagai dalam toilet depan cermin).

Bahaya kedua adalah bahaya fitnah…Orang bukan takat baca dan tengok, depa comment sekali. Ada yang menyampah atau komen dalam hati juga. Benda 2 yang kita buat tak semestinyaorang nak tahu 24 jam. Share benda2 yang menarik atau berfaedah takpalah kerap sekalipun…tapi kalau share 10 minit sekali aktiviti kehidupan kita… Tak pasai2 ada yang termengumpat, terkomen dan tertakpuas hati… Kan dah datangkan fitnah dan dosa pada yang membacanya pula…

Okey ya All, sharing always is not always caring but Always Daring okay…