Gangguan
Beberapa hari ini, saya mendapat banyak friend request dari lelaki yang ingin bekenalan. Kadangkala, bila melihat wall mereka , siap ada gambar isteri dan anak-anak. Ada juga yang penuh dengan kisah2 agama. Ada yang nampak seperti ahli bisnes . Saya Hairan, tak Nampakkah perkataan “Puan” yang bermakna saya ini mempunyai “Tuan” ? Tidak. Kebanyakkan meraka yang add ini adalah hasil dari friend suggestion di Facebook. Lihat sahaja gambar wanita, terus di add. Jika add sahaja tidak mengapa, diganggu pula !
Isu Gambar
Saya pernah diujarkan letak gambar selain gambar saya (apakah saya ini sangat jelita?) . Maka saya letak gambar anak. kemudian, timbul isu yang keselamatan anak-anak juga.Saya tiada gambar terbaru yang betul2 memuatkan kami berdua suami isteri. Almaklumlah saya semakin membesar dan anak2 mahu tumpang sekakli juga. Adakah saya perlu letak gambar pemandangan, kucing saya atau biarkan blank sahaja?
Menuding Jari
Jadi, wanita yang dipersalahkan, kerana mempamerkan wajah mereka. Saya tak rasa saya diganggu kerana jelita, kerana saya ini bukannya lawa. Faktor ganguan seperti ini adalah strategy tangkap muat sesiapa yang ingin melayan dan turut serta bergelumang dalam kancah ” perselingkuhan sosial” ini. Ada yang terang2 mengetahui yang dikacau adalah isteri orang, tetapi masih meneruskan, dan ada yang membalas pula gangguan ini.
Pencegahan
Modus operandi saya senang sahaja. Jika saya tak pasti, saya terima request dahulu.Tujuannya agar dapat lihat wall penuh (kerana mungkin yang dipamerkan hanya yang public sahaja). Jika ada yang berbau gangguan, atau dipenuhi dengan gambar2 wanita 2 tanpa sebab selain isteri dan anak2), maka ini akaun yang patut diblock.
Langkah Seterusnya
Anda mesej saya, saya akan hantar reminder . Tetapi jika melepasi, saya akan block. Kenapa? Saya tak nak terus diganggu oleh perbualan-perbualan yang boleh menimbulkan fitnah , dan ianya juga ditegah oleh Islam. Saya menggunakan facebook untuk urusan urusniaga dan juga jaringan network perniagaan sahaja, tidak lebih dari itu. Suami saya juga hanya memberi keizinan untuk saya berbicara dengan prospect jika ianya berkenaan website atau design sahaja.
Takut Suami
Bukan saya takut suami, saya sayang amat suami saya, Saya takut Allah. Saya Hamba Allah, I am His Servant . Saya tidak mahu anasir 2 yang mahu menggangu fikiran saya, rumahtangga dan agama saya. Kepada wanita2 di luar sana, jika ada yang menggangu anda, sila blobk mereka. jangan dilayan pertanyaan mereka, ini taktik untuk meresapkan keraguan dalam jiwa kita, menyelinap rasa ingin bersuai kenal walhal kita sudah bekeluarga.
Kepada lelaki2 yang bertanggunjawab, ayuh, tolong kami hapuskan gangguan2 ini. Jika anda melihat profil2 yang meragukan atau ada rakan wanita yang mengadu, sila ambil tindakan juga. Report and Block .
p/s:
Tahun ini akan usahakan satu gambar raya muat satu keluarga.
Penyet2 mcm ikan sardin, janji muat!
Ibu Anak Tiga Tak Cun Gedempol Pula
www.noorazlin.com