Hari ini saya bertanya kepada sahabat-sahabat saya di Facebook, apakah tujuan mereka menggunakan sosial media. Saya menjangkakan banyak akan menjawab sebagai medium marketing atau berjual beli, namun ada jawapan lain yang buat saya berfikir kembali.

Membaca
Ya, jikalau dahulu bahan bacaan hanya boleh didapati di blog atau website, kini boleh juga dijumpai di mana-mana media sosial. Pelbagai info dan tip, malah sejarah dan pelbagai lagi ilmu dapat dibaca di media sosial. Ini termasuk juga membaca cerita-cerita kehidupan sahabat-sahabat malah orang yang kita tidak pernah jumpa atau kenali pun.
Reunion
Media sosial juga merupakan salah satu tempat untuk kita mendapat berita tentang kawan-kawan sekolah yang telah lama terputus hubungan. Kawan-kawan tadika pun boleh jumpa kembali! Bukan sahaja rakan-rakan persekolahan, malah saudara mara yang mungkin jauh di mata.
Bercerita Kisah Hidup
Sosial media juga dijadikan seolah-olah “diari” dan album gambar. Kita menulis cerita kehidupan kita, upload gambar dan video. Agar dapat dikongsikan kepada sahabat-sahabat kita. Juga buat simpanan memori kita bila. Setahun sekali Facebook contohnya, akan menunjukkan kembali memori sebelum ini.
Berkawan
Di media sosial, bukan sahaja boleh jumpa kawan-kawan lama, malah mencipta persahabatan baru. Dunia sosial tanpa sempadan, kita boleh bersahabat dengan ramai orang yang dulu agak sukar untuk dilakukan. Paling hebat kita dapat mencari sahabat pena sahaja. Kita juga boleh keep in touch dengan sahabat dan saudara mara yang terpisah dengan jarak dan keadaan.
Kesimpulan
Harini saya belajar sesuatu. Dunia media sosial ini digunakan secara yang betul, akan memberi manfaat. Kita perlu terima bahawa media sosial sudah menjadi sebahagian daripada identiti kita di dunia ini.
Bentuklah keperibadian yang baik di media sosial, agar dapat menjadi contoh yang baik kepada anak cucu kita. Berhati-hati dalam berkongsi apa sahaja kerana ada pepatah:
What goes into the internet stays in the internet
Menulislah dengan bahasa yang baik-baik. Kongsi gambar atau video yang memberi manfaat. Jika ingin share berkenaan diri sendiri pun apa salahnya. Barulah sahabat atau saudara mara dapat ketahui tentang kehidupan kita.
Sebagaimana kita mempamerkan diri kita di dunia nyata, begitulah juga di media sosial. Jaga kata-kata, pakailah pakaian yang sopan, menulislah dengan nada yang tidak menyakiti. InsyaAllah semuanya akan baik-baik sahaja.
Semoga post ini bermanfaat untuk kawan-kawan semua ya. Terima kasih kerana sudi membaca.