Kita mungkin suka dia, juga mungkin tak suka dia. Dia juga mungkin suka kita, atau tidak juga. Satu masa mungkin perasaan itu berbolak balik, antara suka dan tidak suka. Begitulah hati manusia, kita membuat penilaian berdasarkan apa yang kita tahu, apa yang kita rasa.Kadangkala kita pun keliru dengan perasaan kita.

Apapun, yang tahu hanya Tuhan sahaja.

“Kamu tahu si polan itu begitu begini”

“Ya, saya tahu””Jadi kenapa kamu ingin berkawan dengannya?”

“Kenapa kamu bertanya?”

“Bukankah orang itu teruk orangnya, ramai yang tidak suka”

“Jadi? Aku harus juga turut tidak suka sebagaimana mereka?”

Kebanyakan masa kebencian itu lebih mudah untuk disampaikan secara terang-terangan dari kasih sayang. Yang membenci, akan berusaha supaya yang lain turut membenci.Yang kasih, banyak berdoa di dalam hati, menyayangi dan mendiamkan diri.

Kerana apa?Yang membenci perlukan suara, perlukan sindiran dan kata-kata kemenangan.Yang kasih pula percaya Tuhan ada bersama mereka yang benar.

Kita tiba di suatu masa, kebencian menjadi-jadi. Kita lupa malaikat kanan dan kiri.

Yang mencatat, apa yang kita nampak dan tidak nampak. Yang kita mahu korek dan jaja atas nama kebenaran, mungkin sahaja ujian Tuhan.Untuk yang melihat, merasa dan membuat ulasan.

Akhirnya semua menjadi catatan bagi pertimbangan, penentu arah tujuan di akhir kehidupan.

#UniversityOfHome