refleksi diri Archives - noorazlin.com

Kehidupan di Media Sosial: Manusia Tetap Sama
Lama saya tak menulis di Facebook, walau hampir setiap hari membukanya untuk mencari maklumat. Mungkin kerana sibuk, atau mungkin juga kerana rasa tidak perlu. Namun saya sedar cuma di sini saya akan menulis panjang, dan saya perlu terus menulis. Lebih pantas untuk saya menaip menggunakan telefon daripada menaip di komputer. Jika guna telefon pula, tangan lebih laju membuka aplikasi lain pula.

Saya lebih suka meluahkan apa yang ada dalam fikiran saya secara menulis berbanding menghasilkan video. Beberapa bulan berada di dunia media sosial yang berpaksikan video dan live, mengajar saya di sini dan di sana tetaplah sama karenah masyarakatnya. Tidak dinafikan di aplikasi seperti TikTok, material yang berbentuk hiburan lebih diterima berbanding di Facebook. Malah ada kandungan yang saya hasilkan di sana saya rasa kurang sesuai dikongsikan di Facebook.

Adakah ini bermakna kadar toleransi di Facebook dan di TikTok berbeza? Bagi saya, ianya bergantung kepada individu, dan perubahan corak pemikiran dalam beradaptasi dengan komuniti yang diceburi. Walaupun saya sendiri mulai bertoleransi dengan kandungan yang selama ini saya tidak akan tonton malah buat, tidak bermakna saya setuju kesemuanya. Sama juga dengan di Facebook, di mana budaya perbincangan dan perdebatan mekar melalui penulisan. Malah kamu membaca penulisan yang panjang ini menjadi buktinya.

Manusia ini sama sahaja walau di mana mereka berada. Bila sudah mula selesa, kita akan menunjukkan diri kita yang sebenar. Jika dahulu kita boleh kata identiti maya dan dunia benar itu berbeza, ianya telah berubah. Manusia juga semakin berani menonjolkan sisi diri mereka di media sosial. Seseorang boleh memilih untuk kekal berada di dalam rumah tetapi masih boleh dikenali dan berinteraksi dengan ribuan manusia lain.

Saya sendiri lebih selesa begitu, lebih-lebih lagi di dunia online, saya boleh pilih untuk berhenti berhubung bila perlu. Kita boleh jadi sedekat dan sejauhnya di sini. Manusia seperti saya perlukan waktu untuk menyendiri namun kami masih perlu untuk berhubung pada selang-selang masa untuk mengekalkan kewarasan.

Jadi begitulah sebabnya saya ini macam biskut, sekejap ada sekejap tiada. Baiklah itu sahaja untuk pagi ini, terima kasih kerana sudi membaca penulisan saya.

The post Kehidupan di Media Sosial: Manusia Tetap Sama appeared first on noorazlin.com.

Renungan Tentang Senyuman
Apabila saya melihat seseorang tersenyum, saya tertanya-tanya adakah seseorang perlu berfikir untuk senyum, atau ianya refleksi perasaan mereka ketika itu. Sebab saya akan berfikir untuk senyum atau tidak.

Ini kerana ada orang bila saya senyum dia pandang saya dengan wajah kepelikan. Ada orang yang membalas dengan senyuman. Ada juga yang mukanya tiada reaksi apa-apa. Malah ada yang marah bila saya senyum.

Maafkan saya kerana tidak faham. Sebab saya ingat senyuman boleh buat orang bahagia dan tidak marah. Akan tetapi rupanya senyuman ini hanya boleh digunakan bila waktu tertentu sahaja.

Saya tertanya-tanya kenapa orang boleh senyum depan seseorang yang dibenci? Dan tidak senyum pada orang yang baik dengan mereka? Senyum pun ada kasta-kastanya kah? Saya tahu waktu orang sedih jangan senyum.

Tapi saya tengok ada orang yang boleh tersenyum bila seseorang marah padanya. Ianya senyuman sinis. Senyuman yang sengaja dibuat untuk menganjing. Saya tidak suka senyuman tu. Itu senyuman jahat.

Saya suka senyuman yang tiada fikiran. Senyuman yang hadir automatik tanpa perlu berfikir. Saya pernah jumpa senyuman jenis ini. Rata-ratanya dari mereka yang baik hati. Mereka senyum tanpa sebab dan tiada ikatan.

Bila saya lihat senyuman jenis itu hati saya berbunga-bunga. Saya ingin menirunya. Tapi itulah saya kena fikir untuk senyum, takut salah tempat, salah ketika dan salah faham. Tapi saya cuba juga.

Biasanya saya boleh buat depan kamera dengan baik sebab tiada orang depan muka saya. Tiada reaksi yang perlu saya baca. Cuma saya dan muka saya sendiri. Jadilah macam dalam video ni.

Jadi kalau terjumpa saya diluar, senyumlah dulu supaya saya faham yang saya boleh senyum juga. Mungkin pelik bunyinya tapi itulah yang saya rasa selama ini.

Semua benda saya nak buat saya kena faham kenapa. Tidak bermaksud bila saya tahu kenapa saya tahu caranya.

– Elin 29/9/2025

The post Renungan Tentang Senyuman appeared first on noorazlin.com.

Bila Otak Rasa Macam Overheat
Ada Waktu Otak Rasa Macam Overheat

Ada waktu yang kita rasa terlampau banyak perkara yang bermain di fikiran. Sampai otak rasa macam overheat. Kalau letak telur mungkin boleh goreng sunny side up.

Waktu tu nak fikir apa pun tak boleh, tapi kita cuba juga sampai sakit kepala. Ini nak kena buat. Itu nak kena susun, macam-macam benda perlu dibuat. Saya tahu, malah saya melaluinya setiap hari.

Cuba bayangkan otak kita ni macam komputer. Kita buka banyak tab masa tengah browsing, bila kita tengok eh loading pun perlahan, kita tutup tab. Perlahan lagi, kita restart browser. Lepas tu bila kita buka balik, sudah laju macam biasa.

Ini situasi bagi orang normal. Walaupun ada waktu sarat fikiran, boleh tarik nafas, bertenang, rehat dan cuba kosongkan fikiran. Selepas itu, insya-Allah life goes on macam biasa. Semua orang melalui keadaan ini.

Namun bagi mereka yang diuji dengan corak pemikiran yang berbeza, ianya tidak sama.

Anxiety menjadikan otak saya ibarat komputer yang pop-up keluar tanpa henti. Tutup satu, keluar lagi sepuluh. Processor tak sempat nak berehat, akhirnya CPU panas dan kipas pun dah bising tapi tak sempat nak shutdown.

Bipolar pula menjadikan otak saya, bila masuk mod hipomania, macam processor overclock. Semua tab buka sekaligus, install macam-macam perisian baru, download files sampai sistem hampir crash.

Bila masuk fasa depresif, otak saya macam komputer yang lag. Klik apa pun tak boleh. Loading tak habis-habis walaupun tugas kecil. Tidak seperti otak normal, ia boleh pula tiba-tiba jadi laju balik dan perlahan balik tanpa kawalan.

Semua ini sangat memenatkan. Ianya berlaku dalam otak tetapi impaknya akan dialami juga dari segi fizikal – jantung berdegup kencang, susah nak tidur, sakit kepala dan rasa nak muntah.

Kadang ruang kerja yang berselerak ini jadi cerminan keadaan fikiran — penuh, serabut, tapi tetap cuba tersusun perlahan-lahan.

Inilah yang berlaku semalam. Saya beria nak alihkan rak buku saya ke dalam bilik. Masa tu otak saya tengah overclock. “Yeah, saya boleh. Malaysia boleh.” Saya sangat yakin boleh susun balik buku-buku tu. Sampai tengah malam saya menyusun tetapi tak siap-siap juga.

Malam tadi saya tak dapat tidur. Fikiran saya penuh pasal nak kemaskan rak buku dan bilik kerja saya. Saya tertidur jam 5 pagi. Otak saya sudah jem. Tak boleh buat apa-apa lagi. Saya tidur kerana otak rasa nak terbakar.

Hari ini saya masuk bilik kerja saya, otak saya sudah penat. Nampak macam banyak pula buku-buku ni. Tapi semalam rasa macam tak banyak. Rasa power dan confident boleh susun balik. Apalah sangat susun buku sahaja. Hari ini rasa sebaliknya pula.

Jadi saya duduk antara susunan buku. Mula asingkan sikit-sikit ikut kategori. Ya Allah, rasa nak muntah. Rasa macam tak mampu nak susun lagi hari ini. Tapi otak saya serabut, tak boleh tengok buku atas lantai.

Doakan saya boleh siap susun semua buku ni atas rak. Satu rak sudah siap. Lagi dua rak ada. Teringat pula kata anak saya, si Ainna:

“Umi baca ke semua buku-buku ni?”

Saya tak ingat apa saya jawab. Tapi yang pastinya, saya pun tak tahu berapa banyak saya sudah atau belum baca. Yang pasti, saya suka tengok buku tersusun dan saya suka mengumpulnya.

Baiklah, saya kena sambung susun buku-buku ni sebelum otak saya mula hang dan tak boleh buat apa-apa.

Elin
#bipolaranxietynotes
#bipolarawareness

The post Bila Otak Rasa Macam Overheat appeared first on noorazlin.com.

Rasa Seronok Dapat Bantu Orang – Inspirasi dan Refleksi
Rasa seronok dapat bantu orang menaip, walaupun sendiri masih belajar.

Hari ini saya rasa lebih tenang. Sempat juga saya bantu Bro Nan taipkan surat bagi pelanggannya. Saya gembira dapat upah menaip kerana saya juga sedang belajar menaip dengan betul. Dua helai kertas tulisan tangan saya bantu taipkan tanpa rasa berat.

Walaupun berapa upahnya, saya buatkan juga, kerana ini juga cara saya bantu orang lain. Memilih untuk membantu orang lain dan jadi insan yang lebih tidak menjadikan saya kurang di mana-mana.

Ya, ada waktunya wujud manusia yang suka mengambil kesempatan dan saya belajar dari pengalaman itu. Namun untuk berhenti berusaha jadi orang yang baik kerana wujudnya orang sebegini adalah tidak wajar bagi saya.

Saya percaya bila lebih ramai orang pilih untuk jadi baik, dunia juga akan jadi lebih baik. Namun saya tidak sama sekali menjadikan baik sebagai alasan untuk menurut segalanya, gunakanlah akal sebaiknya.

Orang yang membiarkan kejahatan berlaku ke atas dirinya atau orang lain bukan orang yang baik. Itu orang yang tidak mahu menggunakan akal yang dikurniakan Allah sebaiknya.

Lainlah jika ianya berlaku bukan atas kehendaknya, dan dia tidak mampu berbuat apa-apa. Itu bukan lagi dalam kemampuan kita, hanya Allah yang akan membalas perbuatan jahat manusia itu.

Usahalah mencari jalan keluar dari dibuli, dipergunakan atau diperkotak-katikkan. Ingatlah Allah Yang Maha Berkuasa ke atas setiap makhluk. Takutlah pada Allah, bukan kepada makhluk-Nya.

Alhamdulillah, Allah telah lahirkan saya sebegini. Saya tidaklah suci murni atau warak. Saya cuma tidak suka akan perkara yang tidak baik, tidak adil dan tidak betul.

Salah satu sebab yang trigger anxiety saya adalah apabila saya berdepan perkara ini. Saya tidak dapat mendiamkan diri dan akan masuk campur, cuba menegur atau memperbetulkannya.

Namun, saya mendapati tindakan saya itu melahirkan rasa kurang senang orang lain terhadap saya. Mereka menyangka saya buat begitu kerana saya rasa ingin berkuasa ke atas orang lain atau memanipulasi mereka dengan kelebihan yang saya ada.

Jadi, tahun demi tahun saya mulai memendam berjuta rasa kecewa, marah dan geram. Saya tidak boleh melupakan apa yang salah berlaku depan saya begitu sahaja. Saya mulai memilih untuk mendiamkan diri atau berpura-pura saya boleh menerimanya kerana ingin diterima oleh orang lain.

Dapat membantu orang walaupun hanya menaip sudah sangat membahagiakan

Namun ini mulai berubah beberapa tahun kebelakangan ini.

Saya jadi lebih berani untuk jadi manusia yang baik, kerana saya yakin Allah sentiasa akan melindungi saya. Allah Maha Berkuasa untuk merubah hati manusia. Jika ada manusia yang tidak boleh menerima saya maka dia bukanlah insan yang patut ada di sisi saya. Bukan bermaksud manusia itu jahat atau baik, cuma bukan untuk saya.

Cukuplah Allah bagi saya. Alhamdulillah Allah hadirkan ramai insan yang baik-baik dalam hidup saya. Yang melukai saya itu adalah ujian bagi saya, tidak sesekali Allah menguji manusia itu sia-sia.

Saya mungkin menghidap sakit mental tetapi saya mulai sedar yang Allah sedang memberikan kesembuhan kepada jiwa saya.

Waktu hati tenang dan bahagia seperti saat ini, Alhamdulillah.

Waktu hati berduka dan kecewa, Alhamdulillah.

Waktu hati gembira dan rasa dunia ini ana yang punya, Alhamdulillah.

Waktu hati kosong dan tidak mampu berbuat apa-apa, Alhamdulillah.

Waktu antara waktu-waktu itu juga, Alhamdulillah.

Sesungguhnya dengan melalui ujian kita akan belajar sesuatu.

– Elin 14/10/2024

The post Rasa Seronok Dapat Bantu Orang – Inspirasi dan Refleksi appeared first on noorazlin.com.

Yang Nampak Berani Tu Belum Tentu Sama Dalam Hati
Di sebalik apa yang dilihat, pasti ada yang tersirat. Selama ini saya dilihat sebagai seorang yang pandai bercakap dan berani untuk tampil ke depan khalayak ramai. Sejak dari sekolah rendah, saya dikenali sebagai debater, pemidato dan MC (Pengerusi Majlis).

Saya sering kali dilantik sebagai MC semasa belajar di universiti dan tidak kekok mengendalikan ratusan penonton atau peserta program. Namun, apa yang ramai tidak tahu, saya juga sering diserang panic attack semasa melakukannya.

Oleh kerana saya cuma tahu saya ada anxiety dan bipolar disorder pada usia 35 tahun, saya tidak sedar ianya adalah sebahagian daripada sakit saya. Bila panic attack berlaku, saya akan blank dan rasa seperti terpisah dari dunia nyata.

Semalam, sebelum mulakan tugas jadi live host, saya diserang panic attack lagi – sampai nak pakai tudung pun tak lepas. Lalu saya menangis lagi sambil yakinkan diri saya. Self talk adalah antara cara saya beritahu diri saya things are going to be okay.

“Tiada siapa paksa kau. Tiada yang sedang mengejar atau memarahi kau. Tenang, kau buat ni kerana kau nak buat.”

Panic Attack boleh berlaku bila-bila masa walaupun tengah jadi host.

Saya baca ayat Kursi atau apa-apa ayat yang saya mampu ingat. Kena faham ya, insan yang diserang panic attack bukan sekadar gementar dan takut macam manusia normal. Boleh sampai tahap lupa untuk bernafas. Jadi penting untuk tenangkan mereka dalam keadaan ini.

Kemudian perlahan-lahan saya cuba sarung balik tudung. Saya pakai sambil cakap satu-satu langkah – masukkan muka dulu, perlahan-lahan, ha tarik sikit. Saya bukan bercakap dengan sesiapa, ianya untuk self soothing. Sejak kecil saya memang selalu buat begitu.

Alhamdulillah, saya boleh mulakan juga job tu dan teruskan sehingga 3 jam. Terima kasih kepada yang join, hadir dan support saya semalam ya. Insya-Allah saya akan cuba lagi hari ini. Tidak lupa juga buat adik saya yang teman jadi moderator dan Bro Nan yang bantu uruskan anak-anak.

Terima kasih baca nukilan saya, saya amat menghargainya.

– Elin 7/10/2024

The post Yang Nampak Berani Tu Belum Tentu Sama Dalam Hati appeared first on noorazlin.com.

Pengalaman Triggered di Mall: Cabaran Emosi Seorang Ibu
Semalam kami keluar untuk mencari kasut sekolah anak-anak. Mula-mula cari di kawasan Saujana Utama dahulu, kemudian melajak ke mall. Ingat sudah habis di situ, rupanya singgah pula ke kedai serbaneka. Alhamdulillah, dapat belikan kasut sekolah yang sudah terbuka depan dan ada yang dah ketat.

Semalam semasa singgah di mall, saya triggered dengan tindakan seorang jurujual. Dia menahan kami dan bertanya pada anak-anak nak belon percuma tak. Kemudian dia datang kepada saya.

“Puan, boleh tak saya nak berikan anak-anak puan belon percuma?”

Oleh kerana dia bertanya dengan sopan, saya setuju. Namun saya tertanya-tanya adakah dia dari kedai berdekatan pintu masuk. Kemudian dia berjalan ke depan sambil mengajak anak-anak saya untuk mengikutinya. Saya terkejut apabila dia melepasi kedai-kedai di situ dan terus mara lagi ke depan.

“Awak nak bawa anak-anak saya ke mana ni?” soal saya dengan nada yang tegas.

“Oh kami ada karnival pendidikan untuk kanak-kanak, singgah sekejap sahaja, puan,” katanya memujuk.

Saya terus hentikan anak-anak dan minta mereka jangan ikut jurujual itu. Anak-anak dengan muka kecewa akur dan mengikut saya berjalan laju menuju ke dalam mall. Saya memang rasa triggered sangat.

Ini kerana ini taktik yang hampir sama saya pernah terkena dengan pakej pendidikan kanak-kanak suatu masa dahulu. Mula-mula ajak bermain, nanti mereka akan pujuk beli pakej itu. Bila diberitahu tiada bajet, mereka akan panggil supervisor dan dia akan tawarkan bayaran ansuran.

Pakej tersebut bukan murah ya, sampai bertahun-tahun juga saya nak langsaikan pembayaran. Selagi kita tak setuju, dia akan pujuk juga. Ya, saya pun setuju dulu sebab lihat produknya berkualiti juga. Namun apabila ada alat yang rosak, amat sukar untuk dapatkan sokongan.

“Umi nak pergi karnival,” kata Ameera semasa kami di kedai pakaian.

“Mana ada karnival, tu tengok depan tu.”

Ya, ia bukan karnival. Cuma suatu sudut berdekatan tangga depan kedai dengan beberapa set meja kanak-kanak. Kelihatan di atas meja kotak pakej pendidikan yang sama konsep seperti yang saya pernah terpaksa beli dulu.

Saya memang sangat marah, kenapa nak guna teknik begini? Sepanjang dalam mall, saya rasa terpisah dengan dunia nyata. Saya sedar saya kini sudah dalam keadaan tidak normal, tapi demi anak-anak saya teruskan jalan-jalan dalam mall tersebut.

Mujurlah ada kedai Eco jadi pengubat hati yang triggered, haha!

Waktu nak solat Asar, saya ke tandas dan jubah saya meleret terkena lantai tandas. Dari asalnya nak basuh hujung yang terkena, saya akhirnya basuh keliling jubah, kemudian lengan baju dan juga stokin. Ya, basah lencun macam orang mengharung sawah padi.

Ini tidak bagus. Saya mula rasa tidak selesa dan rasa nak meraung. Saya berjalan keluar ke arah lif yang menuju ke surau dengan jubah dan stokin basah. Kemudian tunaikan solat dalam keadaan yang tidak stabil. Selesai solat, saya teringat yang saya ada bawa botol air tetapi entah di mana saya tinggalkan.

Anak-anak dan suami saya tahu ini very bad news. Jadi semua pun pakat cari. Saya menuju dan tunggu dalam kereta sementara mereka cari di kedai-kedai tempat kami singgah tadi. Saya menangis dalam kereta. Otak saya dah jem. Banyak sangat event yang trigger saya.

Sepuluh minit kemudian mereka kembali. Dari wajah ceria, saya tahu mereka jumpa botol air saya. Saya kemudian sambung lagi menangis sambil ceritakan perihal kenapa saya lama di tandas dan basah lencun. Mereka semua mendengar dan biarkan saya meluah dan menangis persis anak kecil.

Ini bukan perkara luar biasa bagi mereka apabila kami keluar bersama-sama. Setelah saya reda sedikit, saya minta untuk singgah ke kedai serbaneka. Biasanya kedai warna merah itu dapat melegakan sedikit serabut dalam kepala saya.

Saya akan cari barang yang saya suka—perhiasan rumah dan alat tulis. Hasil tangkapan adalah wind chime dan pasu bunga kecil dalam gambar. Oh, semestinya bukan itu sahaja, haha. Ada benda-benda lain yang kurang perlu, tapi saya cari sebab untuk beli juga.

Tidak mudah bagi suami dan anak-anak saya belajar menerima keadaan mental saya ini. Walaupun saya begini, mereka melayan saya sebaiknya. Ada kala saya akan menjadi seperti anak kecil, ada kalanya pula jadi manusia yang sangat menyakitkan hati.

Alhamdulillah, Allah Maha Penyayang. Allah hadirkan mereka untuk menemani saya. Terima kasih Bro Nan dan anak-anakku. Kalian bukan sahaja kuat, malah sangat baik. InsyaAllah, ujian ini untuk kita menuju ke syurga bersama-sama.

Terima kasih juga kerana sudi baca nukilan saya.

The post Pengalaman Triggered di Mall: Cabaran Emosi Seorang Ibu appeared first on noorazlin.com.

Belajar Menaip Tanpa Melihat Keyboard: Perjalanan Saya
Saya ingin cuba menulis setiap hari sambil berlatih menaip. Ya, saya baru belajar menaip dengan cara yang betul tanpa perlu melihat papan kekunci. Selama ini, saya menaip guna jari telunjuk sahaja – tekan satu-satu.

Ini bukan kali pertama saya cuba mempelajarinya. Setiap kali saya belajar, saya lupa balik dan kembali menaip cara saya yang biasa. Saya masih ingat ada seorang pensyarah saya yang boleh menaip tanpa melihat papan kekunci. Saya rasa dia hebat sangat.

Mungkin bagi sesetengah orang rasa ia remeh sahaja. Tapi bagi saya tidak. Ini antara penghalang saya untuk menulis menggunakan desktop atau laptop. Ya, saya masih boleh menulis guna telefon, tapi saya nak elakkan.

Sebab bila guna telefon, saya mungkin akan hanyut jatuh ke rabbit hole. Bila membaca isu pula, saya akan over mengkaji. Bila terbaca komen yang negatif pula, saya jadi triggered. Bila log masuk guna pelayar di komputer, saya malas sikit nak scroll.

University of Home – Duduk di rumah pun kita boleh belajar macam-macam kan?

Namun, saya dapati agak sukar juga untuk saya melepaskan kebiasaan saya menaip dua jari. Saya belajar menaip guna aplikasi percuma sahaja, typing.com. Aplikasi ni bagus sangat dan senang nak belajar.

Cuma saya kena praktis menaip untuk Bahasa Melayu sendiri. Perkataan yang digunakan dalam aplikasi pula hanya Bahasa Inggeris. Otak saya memang sukar dilatih apabila melibatkan pergerakan anggota badan.

Apabila berlatih menaip pun sama, kena ulang banyak kali. Tinggal lupa balik. Kali ini saya nak cuba juga, dan tanpa sedar saya sudah menaip banyak perenggan pagi ini. Sebelum saya menaip ni tadi, saya menangis.

Sebab saya rasa hilang minat untuk buat apa-apa tiba-tiba, sedangkan pagi tadi semangat. Saya cakap kat Bro Nan saya penat dengan diri saya. Dia suruh saya tidur balik, tapi saya nak juga taip entri ini dahulu.

Terima kasih ya sudi baca tulisan saya.

The post Belajar Menaip Tanpa Melihat Keyboard: Perjalanan Saya appeared first on noorazlin.com.

Teh Ais Berbuih & Overthinking Yang Tak Sudah
Benda pertama terlintas bila tengok ni, wow ada buih. Lepas tu eh ada tumpah dalam piring. Kalau buat sendiri memang dah hirup dalam piring tu.

Kat kedai tak boleh, silap haribulan saya bayangkan dapur dia, dan pada skala fikiran saya maka saya tidak dapat makan atau di luar selama-lamanya.

Overthinking.

Macam semalam saya reply mesej panjang-panjang kat kawan saya, dan kemudian sampai la ni saya takut saya terlebih fikir dan terlebih explain.

Sebab tu saya takut nak mesej atau reply pertanyaan baik di dunia nyata atau dunia maya. Saya bimbang saya buat orang tak selesa. Bimbang lepas ni mereka takut untuk menyapa saya lagi.

Ini berlaku bukan sekarang sahaja, sejak dari kecil. Bila saya tengok kawan-kawan sekolah bergaul dan bertegur sapa secara semula jadi, saya rasa sangat terpinggir. Saya takut untuk join kerana bimbang tersalah cakap.

Melimpah-limpah bueh dia, macam fikiran saya juga.

Sebab saya akan selalu excited nak share. Saya juga akan over explained. Tipikal sebenarnya neurodivergents macam ni.

Kami akan potong cerita orang sebab kami rasa itu cara kami tunjuk berminat dengan perbualan tu.

Jadi sekarang saya banyak diam, katup mulut rapat-rapat, hanya mata saya berbicara betapa saya terlalu banyak nak bercerita.

Malam-malam saya borak-borak dengan Bro Nan sampai dia berdengkur.

Waktu saya tulis ini air mata saya bergenang. Saya rindu kawan-kawan. Rindu adik beradik. Tapi saya tidak mampu untuk berinteraksi dengan mereka tanpa saya berfikir melebihi realiti.

Jadi saya pilih untuk mengelak, menyendiri, walaupun hakikat saya rindu. Saya tidak kisah orang saya tak kenali atau ada orang yang tak suka saya, tapi saya rindu mereka yang menerima saya.

Berbalik pada teh ais, ha 😆 lepas jadi macam ni saya gi kedai tu saya minta “ikat tepi mangkuk”, setel masalah haha!

– Elin 28/09/2024

The post Teh Ais Berbuih & Overthinking Yang Tak Sudah appeared first on noorazlin.com.

Rasa Lebih Sihat Hari Ini: Catatan Pagi Noor Azlin
Assalamualaikum, selamat pagi!
Hai, macam biskut kan saya ni, haha. Alhamdulillah, rasa lebih sihat hari ini. Selfie ni minggu lepas punya—kena heret masuk beli barang dapur pagi-pagi.

Saya sebenarnya suka keluar waktu pagi kebelakangan ini. Tapi masalahnya, saya keluar untuk makan. Ya, lapar tu auto on bila keluar. Sekali-sekala bolehlah kan.

Tapi lepas tu mesti Bro Nan ajak saya teman dia beli barang rumah. Saya yang excited terus hilang energy, exercise otak dalam ni. Bukan penat jalan, tapi penat tengok dan kaji reaksi manusia.

1, 2, 3 buat buat selfie! Haha…

Setiap daripada kita diuji, dan tidak semua memahami keadaan kita. Pesakit mental macam saya ni nampak macam sihat je, comel je kan. Tapi bila datang sakit tu, Allah… macam Mak Limah pun ada.

Didoakan semuanya dipermudahkan buat rakan-rakan ya. Adoi, pagi ni nak cuba lah godek design sikit-sikit—langsung tak boleh, dah dekat 2 minggu tak buka Canva. Sabar je lah, yop.

Jom buat kerja! (Atau tergolek tiba-tiba!)

The post Rasa Lebih Sihat Hari Ini: Catatan Pagi Noor Azlin appeared first on noorazlin.com.

Lihat Ke Arah Yang Berlawanan
Lihat ke arah yang berlawanan dari apa yang mereka benarkan kita nampak. Dengar apa yang mereka tidak sebut. Baca apa yang mereka tidak tulis.

Apa yang berlaku di dunia saat ini bukan kebetulan. Ianya hasil dari apa yang telah berlaku beribu-ribu tahun lamanya. Ia telah, sedang dan akan berlaku.

Kejahatan ini berleluasa di serata dunia, cuma selama ini kita hanya dapat melihat apa yang mereka benarkan kita nampak.

Apa yang boleh kita lakukan?
Kita tidak mampu turut serta ke sana.

Kita buat apa yang kita mampu.

Apakah itu?

Usah terpedaya dengan tipu daya Syaitan dan pengikutnya.

Kekal bersatu sebagai manusia. Bukan berpaksi pada perbezaan kita. Kerana itulah apa yang mereka mahu dan telah lakukan bagi menjatuhkan kita satu persatu.

Mereka ajar kita semangat cintakan negara.
Mereka didik kita dengan demokrasi.
Mereka mewar-warkan akan hak kemanusiaan.

Sepertinya mereka memihak kepada kita. Namun mereka juga orang yang sama yang menyokong mereka yang percaya akan sebaliknya.

Lalu kita bergaduh, menuduh dan memberontak. Saat itu mereka datang pula sebagai pendamai.

Gambar yang diambil depan rumah di Puncak Alam sebelum post ini ditulis.

Sebahagian dari mereka datang dengan cadangan dan senyuman. Sebahagian lagi memburu dalam kegelapan sambil merompak kekayaan bumi kita.

Kita mungkin sukar untuk menang dengan mereka, tetapi tak bermakna kita mesti mengalah. Bertahan dan kuatkan diri.

Jangan buat orang bukan bermakna kita biar orang buat kita.

Jadi baik bukan jadi tidak berakal.

Lawan bila diserang, bukan bermakna menjadi kejam.

Jadi kuat bukan jadi penjahat.

Lihatlah dunia ini dengan sudut pandang yang berbeza. Sejarah lampau ada yang benar ada yang direka-reka.

Banyakkan timba ilmu.
Belajar bukan mengikut.
Faham bukan mengangguk.

Iqra’.

– Elin 13/07/2024

#theolivethatcuredme #thestoryofelin
#universityofhome

The post Lihat Ke Arah Yang Berlawanan appeared first on noorazlin.com.