parenting Archives - noorazlin.com

Belajar Dengan Hati: Sekolah & Ujian Anak
Pagi itu Fuad datang dengan wajah yang keletihan. Saya tahu dari wajahnya pasti malam tadi dia tak dapat tidur. Saya sebenarnya sudah tahu niat dia masuk menjengah ke bilik saya, iaitu memohon untuk tidak pergi ke sekolah.

Saya tahu bagaimana rasanya apabila tidak tidur malam. Ia tidak sama dengan manusia normal yang tidak tidur kerana terlebih tidur siang atau terminum kopi lalu tak dapat tidur. Walaupun badan sudah rasa letih, mata sudah berair, tetapi bila cuba tidur akan terkejut kembali berkali-kali.

Jadi bila ada hari dia meminta tidak mahu ke sekolah, saya akan pertimbangkan. Namun pagi itu saya bertegas. Mungkin ingatan saya bagaimana Ming bertegas dengan saya dahulu untuk saya ke sekolah memandu respons saya.

Walaupun pagi itu agak ribut juga, akhirnya dia mengalah dan bersiap untuk ke sekolah. Sebelum keluar, dia datang pada saya untuk bersalam, sambil mengulurkan kertas ujian Bahasa Inggerisnya.

“Wah ini kertas Fuad ke? Bagusnya anak umi!”

Saya peluk dia dan minta maaf kerana memarahinya serta bertegas untuk dia ke sekolah. Dia mula tersenyum dan gembira.

Kertas Ujian Pertengahan Tahun milik Fuad

Pandangan saya kepada konsep pendidikan telah banyak berubah beberapa tahun ini. Jika dahulu saya tekankan pada kecemerlangan akademik, kini saya lebih meraikan keinginan anak-anak untuk belajar.

Walau berapa pun markah mereka dapat, saya bersyukur kerana mereka masih lagi berusaha untuk belajar. Ada waktu saya akan mengajar mereka secara santai untuk menarik minat mereka.

Saya akan berikan pujian apabila mereka memerlukannya, tetapi saya tidak akan meletakkan pujian itu sebagai satu matlamat. Walau apapun keputusan akademik mereka, saya akan menerimanya dengan hati terbuka.

Mereka ke sekolah untuk belajar, bukan untuk dibahagikan kepada golongan-golongan. Sesungguhnya setiap anak itu berbeza kelebihan dan kekurangan. Penilaian adalah untuk kita bantu mereka, bukan untuk menekan mereka.

Akhirnya yang akan membantu mereka adalah diri mereka sendiri. Jadi tugas kita adalah membentuk pemikiran yang boleh beradaptasi dengan baik. Apa yang penting sekarang mungkin berbeza pada zaman mereka dewasa nanti.

Saya selalu cakap pada anak-anak, sekolah ini ibarat gim. Kita pergi untuk exercise otak. Apa pun yang kita belajar, ianya satu exercise. Otak yang selalu exercise tidak mudah penat, dan bila diuji juga boleh bertahan.

Jangan takut pada peperiksaan atau penilaian. Jika kita dapat cemerlang, maksudnya kita faham. Kalau sebaliknya, maka perlu perhatian untuk tambah baik. Ia suatu proses yang panjang dan boleh diulang, bukanlah perlumbaan tanpa henti.

Elin 24/9/2025
#UniversityOfHome

The post Belajar Dengan Hati: Sekolah & Ujian Anak appeared first on noorazlin.com.

Pengalaman Triggered di Mall: Cabaran Emosi Seorang Ibu
Semalam kami keluar untuk mencari kasut sekolah anak-anak. Mula-mula cari di kawasan Saujana Utama dahulu, kemudian melajak ke mall. Ingat sudah habis di situ, rupanya singgah pula ke kedai serbaneka. Alhamdulillah, dapat belikan kasut sekolah yang sudah terbuka depan dan ada yang dah ketat.

Semalam semasa singgah di mall, saya triggered dengan tindakan seorang jurujual. Dia menahan kami dan bertanya pada anak-anak nak belon percuma tak. Kemudian dia datang kepada saya.

“Puan, boleh tak saya nak berikan anak-anak puan belon percuma?”

Oleh kerana dia bertanya dengan sopan, saya setuju. Namun saya tertanya-tanya adakah dia dari kedai berdekatan pintu masuk. Kemudian dia berjalan ke depan sambil mengajak anak-anak saya untuk mengikutinya. Saya terkejut apabila dia melepasi kedai-kedai di situ dan terus mara lagi ke depan.

“Awak nak bawa anak-anak saya ke mana ni?” soal saya dengan nada yang tegas.

“Oh kami ada karnival pendidikan untuk kanak-kanak, singgah sekejap sahaja, puan,” katanya memujuk.

Saya terus hentikan anak-anak dan minta mereka jangan ikut jurujual itu. Anak-anak dengan muka kecewa akur dan mengikut saya berjalan laju menuju ke dalam mall. Saya memang rasa triggered sangat.

Ini kerana ini taktik yang hampir sama saya pernah terkena dengan pakej pendidikan kanak-kanak suatu masa dahulu. Mula-mula ajak bermain, nanti mereka akan pujuk beli pakej itu. Bila diberitahu tiada bajet, mereka akan panggil supervisor dan dia akan tawarkan bayaran ansuran.

Pakej tersebut bukan murah ya, sampai bertahun-tahun juga saya nak langsaikan pembayaran. Selagi kita tak setuju, dia akan pujuk juga. Ya, saya pun setuju dulu sebab lihat produknya berkualiti juga. Namun apabila ada alat yang rosak, amat sukar untuk dapatkan sokongan.

“Umi nak pergi karnival,” kata Ameera semasa kami di kedai pakaian.

“Mana ada karnival, tu tengok depan tu.”

Ya, ia bukan karnival. Cuma suatu sudut berdekatan tangga depan kedai dengan beberapa set meja kanak-kanak. Kelihatan di atas meja kotak pakej pendidikan yang sama konsep seperti yang saya pernah terpaksa beli dulu.

Saya memang sangat marah, kenapa nak guna teknik begini? Sepanjang dalam mall, saya rasa terpisah dengan dunia nyata. Saya sedar saya kini sudah dalam keadaan tidak normal, tapi demi anak-anak saya teruskan jalan-jalan dalam mall tersebut.

Mujurlah ada kedai Eco jadi pengubat hati yang triggered, haha!

Waktu nak solat Asar, saya ke tandas dan jubah saya meleret terkena lantai tandas. Dari asalnya nak basuh hujung yang terkena, saya akhirnya basuh keliling jubah, kemudian lengan baju dan juga stokin. Ya, basah lencun macam orang mengharung sawah padi.

Ini tidak bagus. Saya mula rasa tidak selesa dan rasa nak meraung. Saya berjalan keluar ke arah lif yang menuju ke surau dengan jubah dan stokin basah. Kemudian tunaikan solat dalam keadaan yang tidak stabil. Selesai solat, saya teringat yang saya ada bawa botol air tetapi entah di mana saya tinggalkan.

Anak-anak dan suami saya tahu ini very bad news. Jadi semua pun pakat cari. Saya menuju dan tunggu dalam kereta sementara mereka cari di kedai-kedai tempat kami singgah tadi. Saya menangis dalam kereta. Otak saya dah jem. Banyak sangat event yang trigger saya.

Sepuluh minit kemudian mereka kembali. Dari wajah ceria, saya tahu mereka jumpa botol air saya. Saya kemudian sambung lagi menangis sambil ceritakan perihal kenapa saya lama di tandas dan basah lencun. Mereka semua mendengar dan biarkan saya meluah dan menangis persis anak kecil.

Ini bukan perkara luar biasa bagi mereka apabila kami keluar bersama-sama. Setelah saya reda sedikit, saya minta untuk singgah ke kedai serbaneka. Biasanya kedai warna merah itu dapat melegakan sedikit serabut dalam kepala saya.

Saya akan cari barang yang saya suka—perhiasan rumah dan alat tulis. Hasil tangkapan adalah wind chime dan pasu bunga kecil dalam gambar. Oh, semestinya bukan itu sahaja, haha. Ada benda-benda lain yang kurang perlu, tapi saya cari sebab untuk beli juga.

Tidak mudah bagi suami dan anak-anak saya belajar menerima keadaan mental saya ini. Walaupun saya begini, mereka melayan saya sebaiknya. Ada kala saya akan menjadi seperti anak kecil, ada kalanya pula jadi manusia yang sangat menyakitkan hati.

Alhamdulillah, Allah Maha Penyayang. Allah hadirkan mereka untuk menemani saya. Terima kasih Bro Nan dan anak-anakku. Kalian bukan sahaja kuat, malah sangat baik. InsyaAllah, ujian ini untuk kita menuju ke syurga bersama-sama.

Terima kasih juga kerana sudi baca nukilan saya.

The post Pengalaman Triggered di Mall: Cabaran Emosi Seorang Ibu appeared first on noorazlin.com.

Home Studio di Rumah: Cara Saya Fokus Walaupun Ada Anak
Kubu baru saya untuk home studio. Setelah cuba untuk bekerja di bilik atas, akhirnya saya turun juga balik ke bawah. Saya tak boleh bekerja di bilik atas sedangkan anak-anak saya berada di bawah.

Tapi saya tak boleh kerja juga kalau sesiapa sahaja tiba-tiba muncul dekat saya. Jadi saya akan bina kubu macam ni kalau tiada bilik. Ia berfungsi juga bagi menghalang saya melihat sekeliling.

Ini penting sebab saya akan perhatikan semua benda dan cepat nak menegur, suruh betulkan atau kemaskan itu ini. Bayangkan nak buat macam tu bila ada 6 orang anak dan rumah pun bukan besar mana. Barang banyak pula tu!

Dalam kubu ni, saya masih ambil tahu hal anak-anak. Telinga saya ni pakai headphone pun saya masih boleh tahu mereka buat apa. Yang paling penting, saya ada bersama mereka. Kita jadi ibu ni, buatlah cara mana yang sesuai dengan situasi kita.

Saya buat yang mana saya mampu sahaja. Suami saya bantu banyak benda, dia yang handle. Saya stabil, keluarga saya juga akan stabil. Minggu lepas teruk sangat saya marah-marah. Sampai Bro Nan tidur lewat nak standby tengok keadaan saya.

Doakan saya ya. Saya nak cuba online balik ni. Slow slow supaya saya tak masuk gua, haha.

Thank you baca ya.

The post Home Studio di Rumah: Cara Saya Fokus Walaupun Ada Anak appeared first on noorazlin.com.