NoorAzlin.com

Home Studio di Rumah: Cara Saya Fokus Walaupun Ada Anak

Kubu baru saya untuk home studio. Setelah cuba untuk bekerja di bilik atas, akhirnya saya turun juga balik ke bawah. Saya tak boleh bekerja di bilik atas sedangkan anak-anak saya berada di bawah.

Tapi saya tak boleh kerja juga kalau sesiapa sahaja tiba-tiba muncul dekat saya. Jadi saya akan bina kubu macam ni kalau tiada bilik. Ia berfungsi juga bagi menghalang saya melihat sekeliling.

Ini penting sebab saya akan perhatikan semua benda dan cepat nak menegur, suruh betulkan atau kemaskan itu ini. Bayangkan nak buat macam tu bila ada 6 orang anak dan rumah pun bukan besar mana. Barang banyak pula tu!

Ruang home studio kecil di rumah dengan rak baju sebagai pembahagi dan meja kerja di sudut bilik

Dalam kubu ni, saya masih ambil tahu hal anak-anak. Telinga saya ni pakai headphone pun saya masih boleh tahu mereka buat apa. Yang paling penting, saya ada bersama mereka. Kita jadi ibu ni, buatlah cara mana yang sesuai dengan situasi kita.

Saya buat yang mana saya mampu sahaja. Suami saya bantu banyak benda, dia yang handle. Saya stabil, keluarga saya juga akan stabil. Minggu lepas teruk sangat saya marah-marah. Sampai Bro Nan tidur lewat nak standby tengok keadaan saya.

Doakan saya ya. Saya nak cuba online balik ni. Slow slow supaya saya tak masuk gua, haha.

Thank you baca ya.

salam sayang
Ditulis oleh: Kak Elin

Ditulis oleh: Kak Elin

Terima kasih kerana sudi membaca nukilan kak Elin di blog noorazlin.com ini. Semoga perkongsian kali ini bermanfaat dan juga dapat menjadi tauladan kepada pembaca yang kak Elin hargai.

Sebarang pertanyaan boleh email: elin@noorazlin.com 

Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima)

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Inspirasi dan sokongan keluarga untuk individu OKU mental mencapai kebahagiaan dan kesejahteraan
Hai, saya Kak Elin 🌸
Dalam The Story of Elin, saya berkongsi kisah hidup saya tentang cabaran, keluarga, dan perkara-perkara kecil yang mengajar kita erti kehidupan.
Semoga setiap catatan memberi sedikit inspirasi atau senyuman kepada anda.

Jemput Follow:

buy me a coffee

Trending Posts

Categories

Recent Posts