NoorAzlin.com

Saya OKU Mental

Saya OKU mental dan ibu kepada enam orang anak. Saya ada degree dan pernah ambil master. Kini saya bekerja online sahaja dari rumah.

Pendapatan saya datang daripada menjadi admin group Telegram, affiliate, dan Adsense. Jumlahnya tidak besar kerana saya bekerja hanya ketika saya sihat.

Saya faham keadaan saya tidak boleh dijangka. Suami saya kenal saya sejak saya berumur 20 tahun. Perkahwinan kami sudah memasuki 19 tahun.

Suami saya tidak pernah mengurung saya atau melarang saya mencuba sesuatu. Saya lebih selesa berada dan bekerja dari rumah sahaja.

Walaupun di rumah, saya bekerja online, jadi saya akan terdedah kepada bacaan atau video yang mengganggu emosi. Ada juga trigger kerana anak-anak buat perangai.

Ibu OKU mental bekerja dari rumah menjaga anak-anak sambil menguruskan tugasan online

Mengamuk dan terbalikkan barang? Ada.
Jerit-jerit dan menyumpah? Ada. Saya rasa jiran-jiran sudah biasa dengar. Itu berlaku ketika saya sakit, waktu sihat saya macam orang normal.

Pernah saya buka pintu kereta dan mahu terjun, tarik stereng kereta, atau jalan jauh-jauh sampai letih. Pada masa itu saya tidak dapat mengawal emosi. Marah, bengang, sedih, semua berpusing-pusing dalam fikiran.

Saya selalu membandingkan dengan orang OKU fizikal. Orang mudah faham mereka dan penjaga mereka. Tetapi bila OKU mental, ia menjadi lebih sukar. Ujian ini besar untuk pesakit dan penjaga. Ada waktu sihat, ada waktu tidak sihat. Jika dikurung, keadaan akan lebih buruk.

Untuk teman selalu? Bukan mudah. Saya ada suami yang bekerja dari rumah juga. Jika saya sakit, dia menutup kedai. Jika saya mahu ke mana-mana, dia akan membawa saya.

Saya juga ada cita-cita. Saya mahu sambung belajar dan berdikari. Rasa ingin berkembang ini sebenarnya membantu saya menjadi lebih sihat. Tetapi orang melihat saya sihat, mereka fikir saya sudah sembuh sepenuhnya.

Manusia bukan barang atau haiwan. Barang boleh disimpan dalam stor bila rosak, haiwan boleh dikurung. Tetapi manusia perlu dihormati.

Saya OKU mental

Tidak semua orang mahu diuji dengan sakit mental. Ada yang berpunca daripada tekanan, kemalangan, atau sebab buatan orang lain.

Suami saya banyak membantu mengurus rumah dan anak-anak. Jika mampu, dia teruskan. Jika tidak, dia berehat. Allah melihat usaha kita.

Saya gembira dan bahagia, Alhamdulillah. Ada waktu saya menangis dan rasa serabut. Alhamdulillah, semuanya ujian Allah. Allah beri pengalaman lebih dan kurang untuk mendidik diri.

Doakan mereka yang diuji sakit mental bertambah sihat. Berikan sokongan dan dorongan. Bantu apa yang boleh dan jaga tutur kata kerana isu ini bukan kelakar.

Noor Azlin Renungan dalam Senyuman

Malu? Buang jauh-jauh perasaan malu itu. Jangan malu jika ada pasangan OKU mental. Ada anak atau keluarga yang diuji adalah peluang untuk berbuat pahala. Allah memberikan hikmah dan ganjaran bagi mereka yang diuji.

Saya selalu mengaku saya sakit mental. Ada yang menasihati supaya tidak bercakap kerana orang akan pandang serong. Biarlah, pandangan serong mereka bukan masalah kita. Kita terus tegak.

Lihat semua yang diuji dengan belas ihsan. Jadi OKU mental bukan tiket emas. Waktu galau, dunia tiada makna. Tetapi bila ia hilang dan kita mula berpijak di bumi nyata, bahagia itu datang seperti angin lembut yang menghembus ubun-ubun.

Kami diuji, kamu juga diuji. Cuma yang terbuka hatinya akan belajar sesuatu daripada pengalaman ini.

Elin
OKU Mental dengan Bipolar Disorder Type II dan Anxiety

#TheStoryofElin
#bipolaranxietynotes

[Post Asal di Facebook:]

Video ucapan terima kasih kepada semua pembaca: 

Ditulis oleh: Kak Elin

Ditulis oleh: Kak Elin

Terima kasih kerana sudi membaca nukilan kak Elin di blog noorazlin.com ini. Semoga perkongsian kali ini bermanfaat dan juga dapat menjadi tauladan kepada pembaca yang kak Elin hargai.

Sebarang pertanyaan boleh email: elin@noorazlin.com 

Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima)

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Inspirasi dan sokongan keluarga untuk individu OKU mental mencapai kebahagiaan dan kesejahteraan
Hai, saya Kak Elin 🌸
Dalam The Story of Elin, saya berkongsi kisah hidup saya tentang cabaran, keluarga, dan perkara-perkara kecil yang mengajar kita erti kehidupan.
Semoga setiap catatan memberi sedikit inspirasi atau senyuman kepada anda.

Jemput Follow:

buy me a coffee

Trending Posts

Categories

Recent Posts