Baiklah, saya cuba menulis sedikit malam ini. 🌙 Kali ini saya nak kongsi pengalaman personal saya melalui bipolar anxiety notes, supaya lebih ramai faham cabaran menghadapi bipolar dan anxiety dalam kehidupan seharian. Sudah agak lama saya tidak menaip apa-apa yang lebih personal di sini; biasanya hanya perkongsian bahan pendidikan dan affiliate sahaja.
Saya berterima kasih kepada kawan-kawan yang menyokong perkongsian saya, yang seterusnya membantu saya menjana pendapatan. Hanya ini cara saya dapat membantu ekonomi keluarga. Dengan menulis catatan ini sebagai sebahagian daripada bipolar anxiety notes, saya juga harap ia boleh menjadi rujukan kepada sesiapa yang menghadapi cabaran mental health.
Walaupun ada kalanya otak saya rasa macam komputer yang telah panas chip, saya teruskan juga. Dengan cara ini juga, saya akan kehabisan tenaga untuk berfikir perkara-perkara yang menimbulkan trigger sakit saya. Ada juga waktu saya triggered, macam petang tadi selepas balik dari kedai cermin mata. Setiap kali keluar dan berdepan dengan orang ramai, saya cepat penat dan serabut. Bila pulang, benda kecil tak kena di mata saya terus jadi sebab untuk saya marah-marah.
Gambar pemandangan yang diambil oleh Ainna
Saya kemudian tidur sekejap, dan bangun untuk solat Asar. Lepas bangun, otak rasa ringan sedikit, rasa marah dah hilang tapi masih berdebar-debar. Lalu saya duduk di meja kerja buat apa yang boleh. Alhamdulillah, ada juga jualan dari affiliate. Jika ada lalu lalang promosi saya, mohon jasa baik kawan-kawan dapat panjangkan kepada kenalan juga ya. Bantu saya like, komen dan share. Saya amat hargainya.
Saya ingin menekankan bahawa setiap ujian mental dan emosi ada penyelesaian dan sokongan. Jika anda berminat membaca lebih banyak catatan seperti ini, boleh lihat artikel lain saya di sini atau rujuk sumber kesihatan mental KKM seperti Minda Sihat.
Terima kasih kepada sahabat dan keluarga yang selalu menyokong dan mengambil tahu keadaan kami sekeluarga. Saya kerap tidak sihat kebelakangan ini dan lebih banyak berkurung di bilik kerja. Doakan saya dikurniakan Allah ketenangan dan kemudahan. Kerana dalam setiap ujian itu ada rahmat, dan saya yakin Allah menguji manusia mengikut kemampuan mereka.
Semoga bipolar anxiety notes ini juga memberi inspirasi dan sokongan kepada pembaca lain yang menghadapi cabaran sama. 🌸
-Elin 20/10/2025
#bipolaranxietynotes








0 Comments