Lihat ke arah yang berlawanan dari apa yang mereka benarkan kita nampak. Dengar apa yang mereka tidak sebut. Baca apa yang mereka tidak tulis.
Apa yang berlaku di dunia saat ini bukan kebetulan. Ianya hasil dari apa yang telah berlaku beribu-ribu tahun lamanya. Ia telah, sedang dan akan berlaku.
Kejahatan ini berleluasa di serata dunia, cuma selama ini kita hanya dapat melihat apa yang mereka benarkan kita nampak.
Apa yang boleh kita lakukan?
Kita tidak mampu turut serta ke sana.
Kita buat apa yang kita mampu.
Apakah itu?
Usah terpedaya dengan tipu daya Syaitan dan pengikutnya.
Kekal bersatu sebagai manusia. Bukan berpaksi pada perbezaan kita. Kerana itulah apa yang mereka mahu dan telah lakukan bagi menjatuhkan kita satu persatu.
Mereka ajar kita semangat cintakan negara.
Mereka didik kita dengan demokrasi.
Mereka mewar-warkan akan hak kemanusiaan.
Sepertinya mereka memihak kepada kita. Namun mereka juga orang yang sama yang menyokong mereka yang percaya akan sebaliknya.
Lalu kita bergaduh, menuduh dan memberontak. Saat itu mereka datang pula sebagai pendamai.
Gambar yang diambil depan rumah di Puncak Alam sebelum post ini ditulis.
Sebahagian dari mereka datang dengan cadangan dan senyuman. Sebahagian lagi memburu dalam kegelapan sambil merompak kekayaan bumi kita.
Kita mungkin sukar untuk menang dengan mereka, tetapi tak bermakna kita mesti mengalah. Bertahan dan kuatkan diri.
Jangan buat orang bukan bermakna kita biar orang buat kita.
Jadi baik bukan jadi tidak berakal.
Lawan bila diserang, bukan bermakna menjadi kejam.
Jadi kuat bukan jadi penjahat.
Lihatlah dunia ini dengan sudut pandang yang berbeza. Sejarah lampau ada yang benar ada yang direka-reka.
Banyakkan timba ilmu.
Belajar bukan mengikut.
Faham bukan mengangguk.
Iqra’.
– Elin 13/07/2024
#theolivethatcuredme #thestoryofelin
#universityofhome








0 Comments