NoorAzlin.com

Seumur Hidup Saya

Seumur hidup saya, Allah temukan saya dengan mereka yang menyukai dan tidak menyukai diri ini. Ada mereka yang belum berjumpa pun sudah rasa sayang; ada yang sudah kenal berpuluh tahun pun boleh membenci.

Saya juga pernah dihina, difitnah, diejek, dan dipulaukan. Namun Allah juga hadirkan insan-insan yang sudi menerima diri ini walau bagaimanapun keadaan saya.

Apabila ada yang menghulurkan persahabatan, saya selalu bimbang ianya akan berakhir dengan dendam dan persengketaan. Rasa sakit hilang sahabat itu lebih sakit daripada hilang kekasih.

Saya sedar cara saya berbeza. Saya sedar juga saya ini degil dan kuat melawan. Saya juga sedar saya mudah tersalah faham dan terasa—lebih-lebih lagi sejak saya sakit mental sepanjang hampir enam tahun ini.

Jadi saya sangat takut bila ada yang nak mesej saya, yang nak call atau pm saya. Bimbang kalau-kalau saya triggered. Saya sedar saya sakit; apa-apa yang ditulis orang lain mungkin lain tafsirannya pada saya.

Ada beberapa perkara yang sensitif bagi saya, lalu saya beritahu pada orang yang mesej bahawa perkara ini boleh buat saya triggered dan mungkin akan mengamuk. Namun, tak semua orang faham.

Saya kalau sudah mula triggered, tangan mulai ketar, menjerit-jerit marah. Tapi saya tak jerit pada orang tu; saya jerit kat anak-anak dan suami saya. Akhirnya suami saya akan mesej orang tu supaya berhenti mesej saya.

Saya ini gila. Ada bipolar disorder, ada anxiety disorder. Kamu tahu saya sakit. Tetapi adakah kamu faham sakit ini bagaimana?

Kenapa kamu nak berkawan dengan saya?

Orang gila?

Kamu kata kamu faham sakit saya. Jadi kamu juga kena faham emosi saya tidak stabil. Kalau saya cakap saya triggered itu, saya sedang membantu kamu faham.

Saya tidak boleh dipaksa.

Saya tidak boleh mengawal apa yang ada dalam fikiran saya.

Saya tidak memilih untuk menjadi pesakit mental.

“Lin tu dah miskin sangat ke?”

“Hidup dengan simpati orang”

Percayalah, apa yang dikatakan orang itu sampai pada saya.

Hinakah jadi tidak berharta?

Hinakah gagal jadi pensyarah?

Hinakah menulis tentang penyakit saya?

Kalau rasa hina, boleh block saya. Jangan follow. Jangan baca. Orang forward, delete. Jangan ada perkaitan dengan saya.

Ini ruang saya menulis apa yang terbuku di dada saya. Saya tulis cerita hidup saya. Saya cerita kekangan dan ujian saya. Tapi terimalah hakikat ini adalah hak saya.

Elin Noor Azlin — catatan peribadi bipolar & anxiety notes

Kenapa!

Soal saya kenapa!

Kamu yang ingin berkawan dengan saya, kenapa?

Kamu kata tahu saya sakit jadi kenapa, kenapa masih ingin berkawan dengan saya?

Kamu kata kamu faham tapi kenapa kamu tidak boleh terima bila saya begini?

Kenapa kamu terus memaksa bila saya cakap tidak boleh!

Saya tanya sekali lagi:

Kenapa masih hendak berkawan dengan saya, walaupun tidak suka akan cara, tingkah laku, keputusan, dan penulisan saya?

Kamu nak ubah saya?

Adakah kamu fikir penyakit mental ini saya cipta? Ianya hanya masalah perangai? Masalah saya yang tidak mahu berubah?

Jadi doktor pakar yang bagi saya makan ubat tu, yang suruh saya datang temujanji tu mereka siapa? Sudah masuk enam tahun!

Jangan.

Jangan.

Jangan.

Jangan berkawan dengan saya jika niat kamu nak ubah saya.

Jangan berkawan dengan saya jika kamu rasa saya ini yang tidak mahu berubah.

Jangan berkawan dengan saya jika rasa meluat, rasa hina, rasa kecewa atau rasa simpati pada anak-anak dan suami saya sahaja.

Saya ulang:

Saya gila.

Tapi,

Kegilaan saya tidak merampas hati nurani saya.

Kegilaan saya tidak mengubah pendirian saya.

Kegilaan tidak menjadikan saya manusia tidak berhati perut.

Saya ulang lagi,

Mulai saat kamu membaca ini, jika kamu rasa marah, kecewa, benci, meluat atau hina,

Maka pergilah dari hidup saya. Tuhan tidak menjadikan saya untuk kamu dan sebaliknya.

Agar kamu damai, dan aku juga damai.

Yang mana masih berada di sini,

Terima kasih.

Terima kasih.

Terima kasih.

Saya mungkin gagal dalam mengejar cita-cita, tapi Tuhan tidak pernah jadikan kegagalan itu sia-sia.

Ujian buat saya, ujian buat kamu yang melihat dan mendengar tentang saya.

Pilihan di tangan kalian.

– Elin 7/01/2023

Ditulis oleh: Kak Elin

Ditulis oleh: Kak Elin

Terima kasih kerana sudi membaca nukilan kak Elin di blog noorazlin.com ini. Semoga perkongsian kali ini bermanfaat dan juga dapat menjadi tauladan kepada pembaca yang kak Elin hargai.

Sebarang pertanyaan boleh email: elin@noorazlin.com 

Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima)

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Inspirasi dan sokongan keluarga untuk individu OKU mental mencapai kebahagiaan dan kesejahteraan
Hai, saya Kak Elin 🌸
Dalam The Story of Elin, saya berkongsi kisah hidup saya tentang cabaran, keluarga, dan perkara-perkara kecil yang mengajar kita erti kehidupan.
Semoga setiap catatan memberi sedikit inspirasi atau senyuman kepada anda.

Jemput Follow:

buy me a coffee

Trending Posts

Categories

Recent Posts