Semalam ketika fikiran saya agak tegang, saya ada menulis sesuatu yang panjang. Namun setelah melihat kembali apa yang ditulis, saya cuma simpan dalam nota di telefon.
Selepas fikiran saya mulai tenang, saya mula terfikir yang apa yang saya tulis itu berbunyi agak sinis dan mengajar-ngajar. Saya juga mungkin akan membuat mereka yang tak berkaitan turut terpalit rasa pedihnya.
Walhal saya yang katakan jangan begitu. Namun itulah, dalam keadaan emosi yang terganggu agak berbahaya bila menulis. Ada waktu saya tidak sedar sama ada ia patut dilakukan atau tidak.
Yang pasti, bila ada sesuatu berlaku yang menggamit trauma saya atau membuat saya triggered, rasa marah, kecewa, dan sedih itu meledak. Masa ini sangat bahaya. Saya mungkin gaslight atau merajuk dengan orang yang tidak bersalah.
Kebelakangan ini saya lihat Bro Nan tidak berapa sihat. Banyak kali dia tertidur kerana keletihan menguruskan keluarga. Waktu malam, saya pula info dumping sehingga jam 2-3 pagi. Pagi dan tengah hari dia keluar dan ambil anak sekolah pula.
Tadi dia kata kepala dia rasa berat sangat kebelakangan ini. Pada usia 52 tahun dan sejarah keluarga yang ada darah tinggi, saya sebenarnya rungsing juga dengan keadaannya. Menjaga orang sakit mental tentu ada kesan ke atas dirinya juga.
Saya bersyukur dikurniakan suami yang tabah sepertinya. Hanya Allah sahaja tahu betapa beratnya menghadapi saya ketika saya tidak menjadi saya. Sesungguhnya, menjadi caregiver bukanlah sesuatu yang mudah.
Video ini masa kami ke Pantai Batu Hitam tempoh hari. Dia siap buat bekal sandwich macam orang meniaga. Terima kasih abang, kerana menerima dan terus bersabar dengan keadaan isterimu ini.
Terima kasih juga buat sahabat-sahabat dari syurga yang telah membantu dan ada untuk saya. Doaku kalian semua dipermudahkan segala urusan dan sentiasa dalam kasih sayang Allah.
Elin 26/9/2025









0 Comments