NoorAzlin.com

Berdamai Dengan Takdir – Kenapa Aku Diuji Begini?

Aku penat. Bilakah semua ini akan berakhir? Semua soalan ini bertubi-tubi menusuk fikiran saat kita melalui kesukaran yang berpanjangan.

Kita tidak mendapat jawapan itu pada saat yang kita mahu, dan mungkin tidak sedar kita mendapatnya di waktu lain. Setiap ujian itu bagai torehan luka yang terpendam — makin lama, makin dalam.

Marahlah.
Menangislah.

Tidak salah untuk membiarkan apa yang terbungkam itu meledak keluar. Lagi disimpan, lagi tajam. Lagi menusuk. Tidak bermakna berbuat demikian kita menolak takdir.

Cuma kita penat, dan kita manusia yang belum mampu bertahan. Tuhan Maha Pengasih lagi Penyayang, tidak akan menilai kita dari luaran.

Ilustrasi tenang tentang berdamai dengan takdir dan menerima ujian hidup

Berdamai dengan takdir itu bukan menelannya dan menyimpan perasaan. Ia tentang penerimaan kelemahan dan kekurangan, saat kita tidak diberi pilihan.

Menerima ketentuan sambil belajar meneruskan kehidupan, membalut luka dan memperakui kesilapan.

Bersangka baik dengan Tuhan, dan percaya akan datang kebahagiaan pada saat yang kita perlukan – bukan yang kita tentukan.

Elin
#UniversityofHome

Ditulis oleh: Kak Elin

Ditulis oleh: Kak Elin

Terima kasih kerana sudi membaca nukilan kak Elin di blog noorazlin.com ini. Semoga perkongsian kali ini bermanfaat dan juga dapat menjadi tauladan kepada pembaca yang kak Elin hargai.

Sebarang pertanyaan boleh email: elin@noorazlin.com 

Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima)

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Inspirasi dan sokongan keluarga untuk individu OKU mental mencapai kebahagiaan dan kesejahteraan
Hai, saya Kak Elin 🌸
Dalam The Story of Elin, saya berkongsi kisah hidup saya tentang cabaran, keluarga, dan perkara-perkara kecil yang mengajar kita erti kehidupan.
Semoga setiap catatan memberi sedikit inspirasi atau senyuman kepada anda.

Jemput Follow:

buy me a coffee

Trending Posts

Categories

Recent Posts