Cuba lihat ke luar, bacalah perkembangan dunia. Baca bagaimana negara-negara yang asalnya aman boleh bergelojak. Bila ada orang baling batu sebelah kanan, tengoklah sebelah kiri juga.
Dunia sekarang dalam fasa perubahan yang besar. Ada banyak agenda penting yang akan berlaku pada bulan ini. Jadi, kita akan dapat lihat banyak provokasi yang berlaku di mana-mana.
Ianya bukan berlaku di sini sahaja, malah di negara-negara besar dan kecil yang lain. Yang sepatutnya melawan, diam. Yang sebelum ini diam, mulai melawan.
Usah sekadar melihat, renung dan berfikirlah.
Cuba tengok apa yang sebenarnya jadi taruhan?
Apa end game sesuatu perkara? Banyak kejatuhan empayar dan pemerintahan di dunia ini adalah dari tangan-tangan luar.
Kemudian mereka pula akan datang sebagai pembantu dan memberi sokongan. Tidakkah kita belajar dari sejarah?
Ada yang sedang memerhatikan, dan menunggu dalam diam. Mereka bukan dari yang kita sangka-sangkakan.
Elin
#UniversityOfHome








0 Comments