NoorAzlin.com

Cuba dan Terus Cuba!

Semalam saya tidak sempat untuk menulis di sini. Malam baru saya teringat saya perlu lakukan latihan menaip saya, tetapi sudah terlalu penat untuk menulis apa-apa. Jadi pagi ini saya cuba juga. Saya elakkan menulis melalui telefon agar saya dapat biasakan diri menaip di papan kekunci komputer.

Sudah masuk tiga hari saya dapat lakukan semula kerja sebagai live host. Saya lakukan kerana ini sahaja yang saya mampu buat ketika ini. Insya-Allah perlahan-lahan saya nak sambung kerja affiliate saya. Selain menimba pengalaman, ini cara saya untuk tingkatkan keberanian saya untuk berada di dunia dalam talian.

Do something, anything.

Itu cara saya motivasikan diri saya setiap hari. Saya akan ingatkan diri saya bahawa saya telah pun buat sesuatu walau apapun ia. Walaupun sekadar mengemaskan meja kerja saya atau bangun untuk mandi. Semasa saya menulis ini, ada kata-kata yang mulai mengacau fikiran saya — yang akan ada orang fikir saya ini tak cukup usaha.

Catatan inspirasi bertajuk Cuba dan Terus Cuba oleh Noor Azlin

Entah ada yang fikir atau tidak, saya tidak tahu. Yang pasti, sayalah orang pertama yang akan mengkritik diri saya. Ya, saya selalu fikir I must do more; this is not enough. Fikiran itu membuat saya jadi manusia yang boleh buat macam-macam benda yang orang lain tak mampu buat dalam masa yang singkat.

Namun ianya juga buat saya kecewa apabila ada waktu saya tidak mampu untuk gerakkan diri saya untuk lakukan apa-apa, sedangkan secara fizikal saya tidak lumpuh. Lagi kecewa apabila ada yang tidak memahami dan minta saya berubah. Penyakit mental ini masih ramai yang tidak faham. Saya sendiri pun masih belajar.

Alhamdulillah, pasti ada hikmah setiap ketentuan-Nya.

Terima kasih kerana membaca nukilan saya hari ini.

– Elin 9/10/2024

Ditulis oleh: Kak Elin

Ditulis oleh: Kak Elin

Terima kasih kerana sudi membaca nukilan kak Elin di blog noorazlin.com ini. Semoga perkongsian kali ini bermanfaat dan juga dapat menjadi tauladan kepada pembaca yang kak Elin hargai.

Sebarang pertanyaan boleh email: elin@noorazlin.com 

Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima)

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Inspirasi dan sokongan keluarga untuk individu OKU mental mencapai kebahagiaan dan kesejahteraan
Hai, saya Kak Elin 🌸
Dalam The Story of Elin, saya berkongsi kisah hidup saya tentang cabaran, keluarga, dan perkara-perkara kecil yang mengajar kita erti kehidupan.
Semoga setiap catatan memberi sedikit inspirasi atau senyuman kepada anda.

Jemput Follow:

buy me a coffee

Trending Posts

Categories

Recent Posts