Belajar Dengan Hati: Sekolah & Ujian Anak

by | Sep 24, 2025 | Blog, Hidup & Perjalanan Diri, Perasaan & Emosi, Renungan / Refleksi | 0 comments

Pagi itu Fuad datang dengan wajah yang keletihan. Saya tahu dari wajahnya pasti malam tadi dia tak dapat tidur. Saya sebenarnya sudah tahu niat dia masuk menjengah ke bilik saya, iaitu memohon untuk tidak pergi ke sekolah.

Saya tahu bagaimana rasanya apabila tidak tidur malam. Ia tidak sama dengan manusia normal yang tidak tidur kerana terlebih tidur siang atau terminum kopi lalu tak dapat tidur. Walaupun badan sudah rasa letih, mata sudah berair, tetapi bila cuba tidur akan terkejut kembali berkali-kali.

Jadi bila ada hari dia meminta tidak mahu ke sekolah, saya akan pertimbangkan. Namun pagi itu saya bertegas. Mungkin ingatan saya bagaimana Ming bertegas dengan saya dahulu untuk saya ke sekolah memandu respons saya.

Walaupun pagi itu agak ribut juga, akhirnya dia mengalah dan bersiap untuk ke sekolah. Sebelum keluar, dia datang pada saya untuk bersalam, sambil mengulurkan kertas ujian Bahasa Inggerisnya.

“Wah ini kertas Fuad ke? Bagusnya anak umi!”

Saya peluk dia dan minta maaf kerana memarahinya serta bertegas untuk dia ke sekolah. Dia mula tersenyum dan gembira.

Anak belajar dengan hati di sekolah dengan sokongan ibu

Pandangan saya kepada konsep pendidikan telah banyak berubah beberapa tahun ini. Jika dahulu saya tekankan pada kecemerlangan akademik, kini saya lebih meraikan keinginan anak-anak untuk belajar.

Walau berapa pun markah mereka dapat, saya bersyukur kerana mereka masih lagi berusaha untuk belajar. Ada waktu saya akan mengajar mereka secara santai untuk menarik minat mereka.

Saya akan berikan pujian apabila mereka memerlukannya, tetapi saya tidak akan meletakkan pujian itu sebagai satu matlamat. Walau apapun keputusan akademik mereka, saya akan menerimanya dengan hati terbuka.

Mereka ke sekolah untuk belajar, bukan untuk dibahagikan kepada golongan-golongan. Sesungguhnya setiap anak itu berbeza kelebihan dan kekurangan. Penilaian adalah untuk kita bantu mereka, bukan untuk menekan mereka.

Akhirnya yang akan membantu mereka adalah diri mereka sendiri. Jadi tugas kita adalah membentuk pemikiran yang boleh beradaptasi dengan baik. Apa yang penting sekarang mungkin berbeza pada zaman mereka dewasa nanti.

Saya selalu cakap pada anak-anak, sekolah ini ibarat gim. Kita pergi untuk exercise otak. Apa pun yang kita belajar, ianya satu exercise. Otak yang selalu exercise tidak mudah penat, dan bila diuji juga boleh bertahan.

Jangan takut pada peperiksaan atau penilaian. Jika kita dapat cemerlang, maksudnya kita faham. Kalau sebaliknya, maka perlu perhatian untuk tambah baik. Ia suatu proses yang panjang dan boleh diulang, bukanlah perlumbaan tanpa henti.

Elin 24/9/2025
#UniversityOfHome

Ditulis oleh: Kak Elin

Ditulis oleh: Kak Elin

Terima kasih kerana sudi membaca nukilan kak Elin di blog noorazlin.com ini. Semoga perkongsian kali ini bermanfaat dan juga dapat menjadi tauladan kepada pembaca yang kak Elin hargai.

Sebarang pertanyaan boleh email: elin@noorazlin.com 

Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima)

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

The Blogger

Inspirasi dan sokongan keluarga untuk individu OKU mental mencapai kebahagiaan dan kesejahteraan

Hai, saya Kak Elin. Di sini, dalam The Story of Elin, saya berkongsi kisah hidup saya. Tentang cabaran, keluarga, dan perkara-perkara kecil yang mengajar kita erti kehidupan. Ini ruang saya untuk tulis apa yang saya rasa, apa yang saya belajar, dan harapan saya, semoga setiap catatan memberi sedikit inspirasi atau senyuman kepada anda. Selamat membaca dan selamat datang ke kisah saya.

Jemput Follow:

facebook thread instagram Tiktok Youtube

buy me a coffee

Trending Posts

Categories

Recent Posts