Berdamai Dengan Ketakutan

by | Sep 24, 2025 | Blog, Hidup & Perjalanan Diri, Perasaan & Emosi, Renungan / Refleksi | 0 comments

Melintas di wall saya perkongsian dari Iylia Balqis Suhaimi berkenaan sesi temuramahnya berkenaan serangan ke atas flotilla semalam. Ianya tentang berdamai dengan ketakutan.

Apabila Iylia menyatakan bahawa kita tidak patut takut akan kematian kerana ianya akan datang walau di mana, bila dan bagaimana. Sama juga dengan perkara buruk, ia akan berlaku juga walaupun di tempat yang kita rasakan selamat.

Screenshot live Iylia Balqis Suhaimi di atas Global Sumud Flotilla

Saya teringat 2 tahun dahulu saya mengalami anxiety yang sangat teruk. Ubat bipolar yang saya ambil tidak membantu kurangkan anxiety. Saya banyak tidur dari berjaga. Buka sahaja mata rasa seolah-olah semua masalah dunia ada atas kepala saya.

Ketika itu juga kami perlu berpindah dari rumah yang lain di taman yang sama kerana tuan rumah ingin menaikkan kadar sewa dan ingin menjual rumah yang kami diami. Walaupun berdekatan sahaja banyak perkara perlu dilakukan.

Masa itu juga meletusnya perang di bumi zaitun. Saya tidak tidur malam membaca dan melihat perkembangan di sana. Siang pula saya tidur kerana otak terlampau penat.

Tatkala saya melihat apa yang terjadi di sana, ada sesuatu yang mengetuk hati saya. Apabila saya melihat, mereka masih ada masa untuk tersenyum dan bahagia. Malah bila ada yang syahid, akan disahut dengan ucapan Alhamdulillah dan Hasbunallah Wani’mal Wakil.

Saya pasti mereka juga ada perasaan takut, sedih dan tertanya-tanya apa yang bakal terjadi kepada diri dan keluarga. Namun saya melihat sesuatu yang luar biasa, keinginan mereka untuk terus hidup namun bersedia untuk “pergi” bila-bila masa.

Coretan saya tenatng berdamai dengan ketakutan di buku nota saya.

Menyelusuri sejarah mereka, ini bukanlah kali pertama mereka hidup ditemani letusan dan kematian. Sudah berabad-abad lamanya mereka diuji. Namun saya kagum mereka boleh bangkit semula setiap kali.

Melihat gambar-gambar dan video di sana sebelum tercetusnya perang 2 tahun lalu saya amat kagum. Bagaimana mereka sangat resilient. Mereka hidup seperti kita, ke taman, belajar, gembira dan mempelajari teknologi.

Justeru itu walaupun dalam keadaan sekarang mereka masih boleh memancarkan kepada kita apa yang berlaku kepada mereka. Walaupun sudah ramai yang syahid, ada sahaja yang mengganti tempat mereka.

Untuk apa mereka buat begitu? Ianya bukan sekadar dokumentasi. Ianya bukti kekuatan mereka, dan dunia harus melihatnya. Kesan dari itu, satu dunia bangkit. Satu dunia bergema menyebut nama mereka.

Saya membuat keputusan untuk berhenti mengambil ubat bipolar secara berkala sendiri ketika itu tanpa arahan doktor. Namun saya memaklumkan kepada mereka beberapa bulan selepas itu semasa sesi temujanji di hospital.

Alhamdulillah, sudah hampir 2 tahun saya menjalani hidup tanpa ubatan. Saya masih sakit, masih ada juga berlaku saya tak dapat kawal, akan tetapi saya belajar untuk hidup dengan keadaan ini.

Sebagaimana rakyat di bumi Zaitun yang berdamai dengan ujian hidup mereka dan terus berjuang. Terima kasih adikku Ilya untuk perkongsianmu kali ini. Ianya menguatkan lagi semangat kakakmu ini untuk terus berjuang menghadapi hidup.

Doaku semuanya dipermudahkan, dan dirimu serta seluruh krew dan rakyat di sana dalam lindungan dan kasih sayang Allah selalu.

Elin
#theolivethatcuredme

Ditulis oleh: Kak Elin

Ditulis oleh: Kak Elin

Terima kasih kerana sudi membaca nukilan kak Elin di blog noorazlin.com ini. Semoga perkongsian kali ini bermanfaat dan juga dapat menjadi tauladan kepada pembaca yang kak Elin hargai.

Sebarang pertanyaan boleh email: elin@noorazlin.com 

Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima)

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

The Blogger

Inspirasi dan sokongan keluarga untuk individu OKU mental mencapai kebahagiaan dan kesejahteraan

Hai, saya Kak Elin. Di sini, dalam The Story of Elin, saya berkongsi kisah hidup saya. Tentang cabaran, keluarga, dan perkara-perkara kecil yang mengajar kita erti kehidupan. Ini ruang saya untuk tulis apa yang saya rasa, apa yang saya belajar, dan harapan saya, semoga setiap catatan memberi sedikit inspirasi atau senyuman kepada anda. Selamat membaca dan selamat datang ke kisah saya.

Jemput Follow:

facebook thread instagram Tiktok Youtube

buy me a coffee

Trending Posts

Categories

Recent Posts