Ada Waktu Otak Rasa Macam Overheat
Ada waktu yang kita rasa terlampau banyak perkara yang bermain di fikiran. Sampai otak rasa macam overheat. Kalau letak telur mungkin boleh goreng sunny side up.
Waktu tu nak fikir apa pun tak boleh, tapi kita cuba juga sampai sakit kepala. Ini nak kena buat. Itu nak kena susun, macam-macam benda perlu dibuat. Saya tahu, malah saya melaluinya setiap hari.
Cuba bayangkan otak kita ni macam komputer. Kita buka banyak tab masa tengah browsing, bila kita tengok eh loading pun perlahan, kita tutup tab. Perlahan lagi, kita restart browser. Lepas tu bila kita buka balik, sudah laju macam biasa.
Ini situasi bagi orang normal. Walaupun ada waktu sarat fikiran, boleh tarik nafas, bertenang, rehat dan cuba kosongkan fikiran. Selepas itu, insya-Allah life goes on macam biasa. Semua orang melalui keadaan ini.
Namun bagi mereka yang diuji dengan corak pemikiran yang berbeza, ianya tidak sama.
Anxiety menjadikan otak saya ibarat komputer yang pop-up keluar tanpa henti. Tutup satu, keluar lagi sepuluh. Processor tak sempat nak berehat, akhirnya CPU panas dan kipas pun dah bising tapi tak sempat nak shutdown.
Bipolar pula menjadikan otak saya, bila masuk mod hipomania, macam processor overclock. Semua tab buka sekaligus, install macam-macam perisian baru, download files sampai sistem hampir crash.
Bila masuk fasa depresif, otak saya macam komputer yang lag. Klik apa pun tak boleh. Loading tak habis-habis walaupun tugas kecil. Tidak seperti otak normal, ia boleh pula tiba-tiba jadi laju balik dan perlahan balik tanpa kawalan.
Semua ini sangat memenatkan. Ianya berlaku dalam otak tetapi impaknya akan dialami juga dari segi fizikal – jantung berdegup kencang, susah nak tidur, sakit kepala dan rasa nak muntah.
Kadang ruang kerja yang berselerak ini jadi cerminan keadaan fikiran — penuh, serabut, tapi tetap cuba tersusun perlahan-lahan.
Inilah yang berlaku semalam. Saya beria nak alihkan rak buku saya ke dalam bilik. Masa tu otak saya tengah overclock. “Yeah, saya boleh. Malaysia boleh.” Saya sangat yakin boleh susun balik buku-buku tu. Sampai tengah malam saya menyusun tetapi tak siap-siap juga.
Malam tadi saya tak dapat tidur. Fikiran saya penuh pasal nak kemaskan rak buku dan bilik kerja saya. Saya tertidur jam 5 pagi. Otak saya sudah jem. Tak boleh buat apa-apa lagi. Saya tidur kerana otak rasa nak terbakar.
Hari ini saya masuk bilik kerja saya, otak saya sudah penat. Nampak macam banyak pula buku-buku ni. Tapi semalam rasa macam tak banyak. Rasa power dan confident boleh susun balik. Apalah sangat susun buku sahaja. Hari ini rasa sebaliknya pula.
Jadi saya duduk antara susunan buku. Mula asingkan sikit-sikit ikut kategori. Ya Allah, rasa nak muntah. Rasa macam tak mampu nak susun lagi hari ini. Tapi otak saya serabut, tak boleh tengok buku atas lantai.
Doakan saya boleh siap susun semua buku ni atas rak. Satu rak sudah siap. Lagi dua rak ada. Teringat pula kata anak saya, si Ainna:
“Umi baca ke semua buku-buku ni?”
Saya tak ingat apa saya jawab. Tapi yang pastinya, saya pun tak tahu berapa banyak saya sudah atau belum baca. Yang pasti, saya suka tengok buku tersusun dan saya suka mengumpulnya.
Baiklah, saya kena sambung susun buku-buku ni sebelum otak saya mula hang dan tak boleh buat apa-apa.
Elin
#bipolaranxietynotes
#bipolarawareness
0 Comments