Di Persimpangan Hidup: Teruskan Melangkah Dengan Iman dan Kekuatan Jiwa
Di suatu saat, kau akan berada di persimpangan yang nyata. Buatlah pertimbangan bukan hanya kerana rasa, tetapi percayalah Tuhan itu ada.
Berjalan sendiri tidak akan pernah mudah. Ia sunyi dan penuh tanda tanya. Namun, Tuhan sentiasa ada, tidak seperti manusia.
Kita tidak akan pernah sendiri. Diapit malaikat kanan dan kiri. Walau di mana kita berada di bumi, milik Tuhan segala isi.
Di perjalanan mengubah diri, ramai juga yang akan menyertai. Tidak sekali, tetapi sendiri-sendiri. Menuju ke rumah abadi yang bakal dihuni.
Andai kau rasa sunyi, aku ada di sini, tersenyum melihat kamu berlari. Jika jatuh, bangkit lagi. Balut luka dan kuatkan diri.
Aku bukan insan hebat untuk kau contohi, tetapi aku ada semangat untuk kau dalami.
Teruskan ke depan, pahlawan jiwa. Kamu pasti akan berjaya.
Pialanya nanti sebuah ketenangan, sijilnya pula sedalam bahagia.











0 Comments