NoorAzlin.com

Hidup Dengan Bipolar: Solat, Ubat dan Sokongan Keluarga

“Ya Allah ayang tak sembahyang Asar lagi, Zohor tadi pun…”

Lalu saya bergegas mengambil wudhuk, Alhamdulillah sempat solat Asar. Saya tertidur selepas makan ubat jam 1 tengahari tadi.

Ubat bipolar ni memang menyebabkan mengantuk, tapi hari ini saya rasa penat sangat-sangat. Mungkin sebab beberapa hari ini saya tak dapat tidur waktu malam.

Dalam sebulan akan ada berlaku fasa begini, terbalik hari. Siang jadi malam dan sebaliknya. Saya akan berjaga dan buat kerja online sampai pagi. Nak tidur tak dapat.

Ammmar dan Ameera mencicah biskut

Jadi saya selalu pesan dekat sesiapa yang nak datang menziarah agar datang tengahari, bimbang pagi saya baru sahaja dapat tidur selepas subuh. Tambah pula baru makan ubat, tidur tak sedar apa yang berlaku dah.

Ingat nak tunggu solat maghrib terus, tapi rasa lapar pula. Baru nak makan budak berdua ni nak join juga. Join makan cicah biskut dengan air milo.

Berebut mencicah biskut di dalam satu cawan

Teringat masa kecil keluarga saya selalu makan begini. Arwah abah biasanya beli biskut dalam kotak. Biskut keras tu, yang kena cicah air baru lembut.

“Ada orang datang beli tak tadi? Ayang tak sedar apa” tanya saya sambil mencicah biskut ke dalam cawan.

“Alhamdulillah hari ni ada berterusan datang membeli” jawab suami saya dengan nada gembira.

Buat masa ni yang datang lebih ramai budak-budak. Sebab pilihan makanan masih terhad. Saya masih belum dapat buat banyak perkara.

Idea banyak nak buat, tapi saya tak dapat membantu suami saya. Jadi kena cuba yang mana sesuai dahulu. Keadaan kami tidak sama seperti orang lain.

Kekangan utama adalah sakit saya, walaupun nampak sihat fizikal, sakit mental saya melumpuhkan emosi dan fikiran. Saya ada tapi macam tak ada. Jadi hampir semua perkara suami saya buat.

Secawan minuman dan ubatan bipolar di atas meja kerja

Jadi saya buat apa? Takkan langsung tak function?

Saya buat apa yang saya mampu buat. Saya masih boleh buat kerja-kerja online ikut kemampuan saya. Bila dah datang serabut atau kosong fikiran saya stop.

Saya tahu, saya tidak perlu explain benda ni. Tapi saya kena tulis, sebab ada yang baru mengenali saya, yang tidak tahu akan keadaan saya. Ada juga yang sudah kenal, tetapi tidak atau kurang faham.

Suami saya dulu pun tidak faham berkenaan sakit mental ni. Hanya setelah dia ikut bersama saya jumpa doktor psikiatri dia mulai faham kelakuan dan corak pemikiran saya.

Ameera duduk tenang sambil memegang biskuit, disinari cahaya hangat. Di latar belakang, ayahnya sedang solat—suami saya—mewakili kehangatan keluarga dan ketabahan hidup bersama ibu yang menghidap bipolar.

Orang yang paling dekat dengan saya pun ambil masa untuk memahami, apatah lagi orang lain.

Doakan suami dan anak-anak saya terus kuat. Doakan saya boleh sembuh suatu hari nanti. Doakan perniagaan kami ini berjaya.

Terima kasih atas sokongan kawan-kawan semua, kami amat menghargainya. Hanya Allah yang boleh membalas setiap kebaikan yang telah kawan-kawan berikan buat kami sekeluarga.

Elin Noor Azlin Mohamad
#BipolarAnxietyNotes

Ditulis oleh: Kak Elin

Ditulis oleh: Kak Elin

Terima kasih kerana sudi membaca nukilan kak Elin di blog noorazlin.com ini. Semoga perkongsian kali ini bermanfaat dan juga dapat menjadi tauladan kepada pembaca yang kak Elin hargai.

Sebarang pertanyaan boleh email: elin@noorazlin.com 

Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima)

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Inspirasi dan sokongan keluarga untuk individu OKU mental mencapai kebahagiaan dan kesejahteraan
Hai, saya Kak Elin 🌸
Dalam The Story of Elin, saya berkongsi kisah hidup saya tentang cabaran, keluarga, dan perkara-perkara kecil yang mengajar kita erti kehidupan.
Semoga setiap catatan memberi sedikit inspirasi atau senyuman kepada anda.

Jemput Follow:

buy me a coffee

Trending Posts

Categories

Recent Posts