Saya ada buat video voice over tadi semasa jalan-jalan di Taman Bandar Kuantan. Boleh tersasul pula cakap Taman Tasik Bandar suka hati je kan bagi nama baru.
Sebabnya itulah panggilan yang biasa saya dengar masa jadi pelajar di UIA Indera Mahkota dulu.
“Nak gi taman tasik? Jom!” Ha, begitulah.
Dulu kami akan melintasi kawasan semak dan belukar dengan berjalan kaki dari UIA ke taman ini. Tumpuan utama adalah tempat macam “jeti”.
Sebab kami akan bawa roti-roti expired kami ke sini untuk diberikan kepada ikan-ikan! Selagi roti tu boleh makan, kami makan tau walaupun expired.
Ini kes tahap kulat biru masam, baru kami sumbangkan dekat ikan-ikan kat sana. Haha.
Kenangan-kenangan kecil macam ni lah yang buat kita tersenyum bila dikenang semula. Taman Bandar Kuantan bukan sekadar tempat bersantai, tapi juga sebahagian daripada memori indah zaman belajar.
Ini lokasi Taman Bandar Kuantan.
Kalau anda berkesempatan, singgahlah ke Taman Bandar, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang. Boleh jalan-jalan, beriadah, atau sekadar lepaskan penat sambil nikmati suasana tenang di tepi tasik.
Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian ini, semoga ada sedikit manfaat buat anda.
– Elin 18/09/2025
0 Comments