NoorAzlin.com

Keadaan Meja Ketika Tak Mampu Nak Kemas

Ini kali pertama saya menulis di Word dahulu sebelum upload ke media sosial ataupun blog. Setelah beberapa hari tidak menaip, saya mulai lupa kembali kedudukan huruf di papan kekunci.

Beberapa hari ini saya ada ambil upah sebagai live host untuk adik saya. Keadaan meja saya macam inilah setiap hari selepas sesi. Ada waktu saya biarkan sahaja, tetapi selalunya saya kemas sebelum tutup komputer pada waktu malam.

Pemikiran saya melompat-lompat antara perkara yang saya ingin buat, yang saya nak belajar dan yang saya rasa saya patut buat. Saya tidak lagi rasa teruja untuk berkongsi apa-apa di sini.

Mungkin kerana saya triggered dengan apa yang saya baca di sini juga. Kisah tentang pesakit mental yang melanggar pelajar di Terengganu mundar-mandir di homefeed saya.

Ya, saya juga pesakit mental dan peristiwa ini mengusik jiwa saya. Mungkin kerana saya juga kurang waras sepertinya, jadi setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan saya baca dengan rasa tidak selesa.

Bukan sahaja kerana saya juga sakit mental, tapi juga bagi mereka yang menderita sakit yang sama. Mungkin ada yang akan cakap saya lain – saya tidak menyusahkan atau kacau orang lain.

Namun, adakah saya akan kekal begitu atau suatu masa saya juga mungkin tanpa sengaja melakukan perkara yang berbahaya, memalukan atau tidak lagi mampu berbuat apa-apa?

Sesungguhnya saya tidak tahu, dan hanya kepada Allah saya berserah. Sebenarnya bukan sahaja saya, malah tiada siapa yang akan dapat menjangka ujian yang bakal dihadapi dalam hidup kita.

Keadaan meja penulis ketika tidak mampu mengemas

Hanya mereka yang menjaga pesakit mental tahu betapa ianya membebankan mental mereka juga. Walaupun mereka normal, mereka tidak dapat bersosial dan bekerja seperti orang lain kerana tanggungjawab dan keadaan pesakit yang mereka jaga.

Jadi, saya tidak akan mudah menuding jari apabila berlaku perkara tidak diingini seperti kejadian itu. Bukan sahaja pasangan, malah ada ibu ayah yang perlu menjaga pesakit mental.

Bagi yang seperti saya, ujiannya adalah apabila orang melihat saya seperti orang normal dan tidak sakit jiwa. Mereka melihat saya boleh menulis, buat itu ini dan bercakap seperti orang normal.

Ini kerana mereka tidak berada di samping saya 24 jam. Mereka hanya dapat melihat apa yang saya kongsi sahaja. Mana mungkin ketika saya sakit saya dapat tunjukkan? Adakah perlu saya rakam dan pamerkan?

Jika saya berbuat demikian, akan ada yang kata saya mencari simpati, memalukan dan membuka aib pula. Saya melihat video rakaman mereka yang sakit mental dikeji dan dipersoalkan kenapa tidak dihantar ke hospital bahagia.

Jadi, semuanya salah bagi pesakit mental. Tak tunjuk orang tuduh kita buat-buat. Bila nampak hakikat, pakat suruh kurung pula.

Saya ini hampir setiap masa di dalam rumah, dikata sombong, kera sumbang dan tidak campur orang kerana itu. Sedangkan itulah yang membendung emosi saya daripada terganggu. Kurung diri salah, terlepas keluar juga salah. Jadi, orang gila patut berada di mana?

Adakah kami pinta diuji dengan keadaan ini? Adakah ada pasangan atau ibu bapa yang memilih untuk menghadapi keadaan ini? Justeru itu, kita yang melihat tidak perlu menyalahkan sesiapa. Doakan kemudahan buat mereka yang sakit jiwa dan juga terlibat dengan mereka.

Bukan mereka sahaja yang diuji jiwanya, kita juga. Jiwa yang bersih seperti cermin melihat diri dan muhasabah. Sesungguhnya yang lebih berbahaya dan menyakiti itu bukan yang sakit jiwa, tetapi yang kotor jiwanya.

– Elin 13/10/2024

Ditulis oleh: Kak Elin

Ditulis oleh: Kak Elin

Terima kasih kerana sudi membaca nukilan kak Elin di blog noorazlin.com ini. Semoga perkongsian kali ini bermanfaat dan juga dapat menjadi tauladan kepada pembaca yang kak Elin hargai.

Sebarang pertanyaan boleh email: elin@noorazlin.com 

Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima)

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Inspirasi dan sokongan keluarga untuk individu OKU mental mencapai kebahagiaan dan kesejahteraan
Hai, saya Kak Elin 🌸
Dalam The Story of Elin, saya berkongsi kisah hidup saya tentang cabaran, keluarga, dan perkara-perkara kecil yang mengajar kita erti kehidupan.
Semoga setiap catatan memberi sedikit inspirasi atau senyuman kepada anda.

Jemput Follow:

buy me a coffee

Trending Posts

Categories

Recent Posts