NoorAzlin.com

Kehidupan di Media Sosial: Manusia Tetap Sama

Lama saya tak menulis di Facebook, walau hampir setiap hari membukanya untuk mencari maklumat. Mungkin kerana sibuk, atau mungkin juga kerana rasa tidak perlu. Namun saya sedar cuma di sini saya akan menulis panjang, dan saya perlu terus menulis. Lebih pantas untuk saya menaip menggunakan telefon daripada menaip di komputer. Jika guna telefon pula, tangan lebih laju membuka aplikasi lain pula.

Saya lebih suka meluahkan apa yang ada dalam fikiran saya secara menulis berbanding menghasilkan video. Beberapa bulan berada di dunia media sosial yang berpaksikan video dan live, mengajar saya di sini dan di sana tetaplah sama karenah masyarakatnya. Tidak dinafikan di aplikasi seperti TikTok, material yang berbentuk hiburan lebih diterima berbanding di Facebook. Malah ada kandungan yang saya hasilkan di sana saya rasa kurang sesuai dikongsikan di Facebook.

Adakah ini bermakna kadar toleransi di Facebook dan di TikTok berbeza? Bagi saya, ianya bergantung kepada individu, dan perubahan corak pemikiran dalam beradaptasi dengan komuniti yang diceburi. Walaupun saya sendiri mulai bertoleransi dengan kandungan yang selama ini saya tidak akan tonton malah buat, tidak bermakna saya setuju kesemuanya. Sama juga dengan di Facebook, di mana budaya perbincangan dan perdebatan mekar melalui penulisan. Malah kamu membaca penulisan yang panjang ini menjadi buktinya. 

kehidupan digital dan hubungan manusia masa kini

Manusia ini sama sahaja walau di mana mereka berada. Bila sudah mula selesa, kita akan menunjukkan diri kita yang sebenar. Jika dahulu kita boleh kata identiti maya dan dunia benar itu berbeza, ianya telah berubah. Manusia juga semakin berani menonjolkan sisi diri mereka di media sosial. Seseorang boleh memilih untuk kekal berada di dalam rumah tetapi masih boleh dikenali dan berinteraksi dengan ribuan manusia lain.

Saya sendiri lebih selesa begitu, lebih-lebih lagi di dunia online, saya boleh pilih untuk berhenti berhubung bila perlu. Kita boleh jadi sedekat dan sejauhnya di sini. Manusia seperti saya perlukan waktu untuk menyendiri namun kami masih perlu untuk berhubung pada selang-selang masa untuk mengekalkan kewarasan.

Jadi begitulah sebabnya saya ini macam biskut, sekejap ada sekejap tiada. Baiklah itu sahaja untuk pagi ini, terima kasih kerana sudi membaca penulisan saya.

Ditulis oleh: Kak Elin

Ditulis oleh: Kak Elin

Terima kasih kerana sudi membaca nukilan kak Elin di blog noorazlin.com ini. Semoga perkongsian kali ini bermanfaat dan juga dapat menjadi tauladan kepada pembaca yang kak Elin hargai.

Sebarang pertanyaan boleh email: elin@noorazlin.com 

Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima)

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Inspirasi dan sokongan keluarga untuk individu OKU mental mencapai kebahagiaan dan kesejahteraan
Hai, saya Kak Elin 🌸
Dalam The Story of Elin, saya berkongsi kisah hidup saya tentang cabaran, keluarga, dan perkara-perkara kecil yang mengajar kita erti kehidupan.
Semoga setiap catatan memberi sedikit inspirasi atau senyuman kepada anda.

Jemput Follow:

buy me a coffee

Trending Posts

Categories

Recent Posts