Saya mula menulis di Facebook pada awal 2017. Sebelum akaun ni saya sudah ada beberapa profile dan page, digunakan untuk tujuan marketing servis bina website saya dahulu.
Profile ini pun saya buat kerana ingin mula berniaga produk kosmetik. Namun saya dapati lebih seronok menulis tentang cerita hidup dan pelbagai perkara yang ingin saya perkatakan.
Lalu saya mula menulis hampir setiap hari, malah beberapa kali sehari. Walaupun ketika mulai mengalami depression pada pertengahan tahun 2018, saya masih menulis.
Sampai satu tahap keadaan mental saya makin teruk. Masa tu saya menghilangkan diri dari media sosial. Hidup tanpa telefon dan internet. Saya betul-betul berada di dunia yang lain, saya sudah tiada apa lagi untuk diceritakan.
Namun, sekali sekala saya kembali menulis, kemudian hilang kembali. Saya hanya menulis apa yang saya rasa saya mahu perkatakan, nasihat atau ceritakan. Tanpa ada idea-idea tersedia, cuma meluncurkan jari di atas skrin telefon.
Saya suka melihat padang ianya jadi ilham saya menulis.
Namun, sekali sekala saya kembali menulis, kemudian hilang kembali. Saya hanya menulis apa yang saya rasa saya mahu perkatakan, nasihat atau ceritakan. Tanpa ada idea-idea tersedia, cuma meluncurkan jari di atas skrin telefon.
Tanpa saya sedari, tulisan-tulisan saya memberi impak dan inspirasi kepada insan-insan yang sama atau berbeza dengan saya. Ada yang tekun membaca (silent reader), ada juga yang aktif berinteraksi di komen.
Mereka adalah dari insan yang diuji, dan ada juga yang memilih untuk mempelajari kehidupan orang lain. Ada juga mereka yang menjadikan kisah-kisah saya sebagai panduan, untuk diri, anak-anak serta kawan-kawan.
Terima kasih kerana membaca apa yang saya taip di laman ini.
Terima kasih buat saya rasa ingin terus berkongsi cerita walau saat diri menggila.
Terima kasih atas setiap komen dan mesej.
Kerana kamu, aku masih menulis.
Elin Noor Azlin Mohamad
#UniversityOfHome








0 Comments