Saya perasan satu sahaja tentang sikap manusia yang menyebabkan ramai jadi tidak cakna terhadap apa yang berlaku sekarang. Kita anggap dengan tidak ambil tahu dan tidak terlibat maka kita akan selamat.
Macam kes buli. Kita tahu ada seorang dalam keluarga kita kena buli emosi dengan saudara mara, tetapi kita biarkan sahaja. Nak campur tangan takut keruh keadaan, malu, nanti kita pula yang kena.
Tapi kalau pasal aib orang kita ambil tahu, kita sebar dan kita ambil peduli. Tanpa fikir nanti bila kita pula jadi bahan umpatan dan kejian. Orang mengumpat kita pun turut serta memberi pendapat.
Sebab kita fikir kita yang jaga diri kita ini. Rasa kita selamat sebab kita ada rumah, ada pekerjaan dan ada keluarga. Kita tengok orang susah kita fikir dia tak usaha, sebab itu dia tiada tempat berteduh.
Kita lupa, kalau apa-apa jadi, bencana atau kekacauan, siapa kita? Tiada siapa yang nak ambil peduli kecuali orang yang memang baik hati. Walaupun kita pernah ludah dia, waktu kita susah dia hulur tangan tak bagi kita hanyut.
Tapi kita bila senang kita lupa. Kita fikir keselesaan dan kebahagiaan kita sahaja. Kita tak ambil peduli ada yang tak cukup makan, ada yang menderita. Ya, ada orang kata kita pun tengah susah, tapi kita ni nak bantu kita buat apa yang termampu.
Gambar untuk post ini di adaptasi dari illutrasi asal oleh Maysaa Ghazi.
Boleh support beliau melalui link di instagram miliknya.
Kalau mampu banyak, tolong banyak. Mampu sikit, tolong sikit. Saya tak mampu nak beri sumbangan, saya bantu kongsi. Saya boikot sebagai solidariti. Saya ambil tahu apa yang terjadi.
Jangan sesekali fikir orang jahat ini dia pilih siapa dia nak buat jahat. Sampai masa kita pun akan kena. Sebab itu kita tak boleh biarkan mereka. Contoh orang mulut menfitnah orang pun sama.
Allah sahaja pelindung kita. Bila kita bantu orang lain, Allah akan bantu kita nanti. Bukan harapkan orang yang kita bantu itu yang akan bantu balik. Kita tutup aib orang, Allah yang tutup aib kita.
Satu kebaikan walaupun sebesar zarah akan dikira. Bekalan kita nak bawa ke akhirat ini kena banyak. Sikit pun nanti kita akan rasa nilainya besar di sana.
Elin x R-AI
#theolivethatcuredme








0 Comments