Lauk kegemaran saya, dimasak dengan penuh kasih sayang oleh suami saya. Dia susun cantik-cantik dan tidak bercampur, seperti mana yang saya suka.
Lauk ini arwah Ming selalu masak semasa saya kecil. Oleh kerana peti ais sering rosak ketika itu, Ming akan merebus ayam dengan bawang putih, halia, dan kunyit.
Saya ingat Ming selalu pesan, jangan letak air banyak, cukup “hapuh” (tenggelam) ayam sahaja. Ayam yang direbus separuh ini tahan sampai esok hari. Jika ingin makan, perlu digoreng dahulu. Akan tetapi, saya biasanya akan ambil sedikit semasa menyediakannya kerana bagi saya ianya sudah sedap.
Suami saya tak buat cara ini, tapi dia perap ayam dengan kunyit, bawang putih, dan halia. Kemudian dia akan goreng terus. Dua-dua cara saya suka, yang Ming dan Bro Nan masakkan.
Saya bersyukur dalam hidup saya kerana Allah hadirkan orang yang boleh menerima saya yang berlainan cara pemikiran dari orang lain. Hanya mereka yang betul-betul rapat akan tahu yang saya ini berbeza.
Ini kerana di kalangan orang lain, saya akan menunjukkan sisi saya yang lain. Ianya latihan yang saya bentuk dari kecil. Namun saya struggle untuk terus hidup begitu.
Performance saya yang baik dalam sesuatu perkara membuatkan ada orang yang meletakkan high expectations pada saya. Namun mereka tidak tahu yang saya tidak sama seperti orang lain.
Konflik untuk memenuhi expectation orang lain, dan juga melawan rasa tidak selesa, menjadikan saya mudah triggered. Rasa lemas, bising, dan confused.
Makin lama saya makin memahami keadaan saya, namun itu tidak bermakna ianya akan jadi lebih mudah untuk mereka yang bersama saya. Jadi saya faham, jika ada yang memutuskan untuk pergi.
Namun saya hargai mereka yang bertahan. Sesungguhnya Tuhan telah mengurniakan kalian hati yang cantik. Yang bersinar dan kuat. Yang indah dan menenangkan.
Alhamdulillah untuk setiap ketentuan dan kurniaan.
– Elin 28/9/2025









0 Comments