NoorAzlin.com

Longgokan Barang & Executive Function dalam Bipolar Disorder

Longgokan barang yang terjadi kerana perubahan tempat kerja saya dari bilik atas ke bilik bawah. Asalnya, barangan ini ada dalam bilik bawah tersebut.

Bilik kerja saya sudah kemas tetapi saya tak dapat lagi nak selesaikan yang ini. Jadi, biarkan dahulu selagi ianya tidak menyebabkan saya rasa lemas.

Inilah yang berlaku pada neurodivergent, yang berkait dengan executive function deficit. Yakni kemahiran mental yang membolehkan seseorang itu untuk merancang, fokus, mematuhi arahan dan membuat pelbagai tugas dalam satu masa.

Executive Function ni macam manager lah, dia yang membolehkan otak kita buat semua tadi. Dalam kes bipolar disorder, fungsi ini terganggu pada waktu-waktu tertentu dan tidak tetap mengikut keadaan emosi pesakit.

Longgokan barang di bilik bawah kerana perubahan tempat kerja

Saya membuat keputusan untuk merubah lokasi tempat kerja saya semasa fasa hipo mania. Kemudian, bila saya masuk ke depressive mode, mulalah saya low energy dan motivation nak buat apa-apa.

Walaupun dalam keadaan stable (euthymic), “manager otak” saya tu masih terganggu jika dibandingkan dengan manusia normal.

Ia memberikan impak kepada perancangan, working memory (memori kerja – ingat dan guna semasa buat tugasan) dan inhibition (pengawalan diri – macam brek).

Maka jadilah longgokan barang ini. Nanti bila datang fasa hypomania, saya boleh selesaikan tugas yang ambil masa berhari-hari dalam kurang 24 jam sampai lupa makan dan minum!

✍️ Elin 14/09/2025
#bipolaranxietynotes

Ditulis oleh: Kak Elin

Ditulis oleh: Kak Elin

Terima kasih kerana sudi membaca nukilan kak Elin di blog noorazlin.com ini. Semoga perkongsian kali ini bermanfaat dan juga dapat menjadi tauladan kepada pembaca yang kak Elin hargai.

Sebarang pertanyaan boleh email: elin@noorazlin.com 

Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima)

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Inspirasi dan sokongan keluarga untuk individu OKU mental mencapai kebahagiaan dan kesejahteraan
Hai, saya Kak Elin 🌸
Dalam The Story of Elin, saya berkongsi kisah hidup saya tentang cabaran, keluarga, dan perkara-perkara kecil yang mengajar kita erti kehidupan.
Semoga setiap catatan memberi sedikit inspirasi atau senyuman kepada anda.

Jemput Follow:

buy me a coffee

Trending Posts

Categories

Recent Posts