NoorAzlin.com

Masa Depan Anak-Anak Kita dan Dunia yang Ditinggalkan

Untuk Masa Depan Anak-Anak Kita

Untuk memastikan masa depan anak-anak kita, kita juga perlu memastikan masa depan anak-anak lain di dunia ini. Kerana betapa hebatnya anak kita sekalipun, mereka tidak akan hidup sendiri. Mereka akan bersama juga dengan yang lain.

Itulah intipati ucapan seorang bekas tentera negara besar yang menyentuh hati saya. Saya tidak pernah terfikir tentang itu. Selama ini, ya, saya juga selfish, hanya fikir bagaimana anak-anak saya akan menghadapi masa depan yang lebih mencabar nanti.

Dunia ini saling berhubung kait. Anak-anak hari ini adalah penghuni dunia untuk berdekad-dekad lamanya. Setiap apa yang kita lakukan, perjuangkan, atau bentuk sekarang akan memberi impak kepada kehidupan mereka.

Kita menyangka dengan menyiapsiagakan anak-anak kita, maka mereka akan selamat dan berjaya. Berlumba-lumba memastikan anak kita paling ke depan, sedangkan yang berlari bersama mereka itu juga akan menentukan masa depan anak-anak kita.

Rak buku dan peralatan pembelajaran disinari cahaya hangat, melambangkan harapan dan usaha kolektif untuk masa depan anak-anak kita dan anak-anak lain di dunia. Suasana tenang dan penuh refleksi, menyerlahkan nilai kemanusiaan dan pendidikan sebagai asas ketamadunan.

Pandangan beginilah yang telah mencetuskan evolusi dalam pemikiran rakyat di negara-negara maju dan besar. Mereka mulai sedar, betapa hebatnya negara mereka (yang disangka sebelum ini) sekalipun, tidak akan memastikan dunia yang aman untuk anak-anak mereka.

Jika kita tidak dapat berjuang sehebat insan-insan terpilih kerana kemampuan kita yang terhad, cukuplah dengan kita jaga kita. Menjaga satu sama lain, saling melengkapi, dan tidak berpecah-belah.

Ingatlah, satu kampung, satu bangsa, malah satu negara boleh lenyap di dunia ini. Usah bimbang lenyapnya sebuah legasi, kerana ia akan menjadi sejarah.

Bimbanglah akan lenyapnya kemanusiaan dan ketamadunan fikiran. Kerana saat itu, walau siapapun kamu atau anak-anakmu, tidak akan selamat.

Elin
#UniversityOfHome

Ditulis oleh: Kak Elin

Ditulis oleh: Kak Elin

Terima kasih kerana sudi membaca nukilan kak Elin di blog noorazlin.com ini. Semoga perkongsian kali ini bermanfaat dan juga dapat menjadi tauladan kepada pembaca yang kak Elin hargai.

Sebarang pertanyaan boleh email: elin@noorazlin.com 

Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima)

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Inspirasi dan sokongan keluarga untuk individu OKU mental mencapai kebahagiaan dan kesejahteraan
Hai, saya Kak Elin 🌸
Dalam The Story of Elin, saya berkongsi kisah hidup saya tentang cabaran, keluarga, dan perkara-perkara kecil yang mengajar kita erti kehidupan.
Semoga setiap catatan memberi sedikit inspirasi atau senyuman kepada anda.

Jemput Follow:

buy me a coffee

Trending Posts

Categories

Recent Posts