NoorAzlin.com

Peluklah Anak, Dengarlah – Catatan Hati Seorang Ibu

Ada perkara yang berat berlaku pagi ini. Pada mulanya fikiran saya amat kacau. Rasa ingin pergi sahaja dari semua, rasa sayalah punca segala masalah yang terjadi.

Kemudian saya masuk ke bilik kerja, duduk dan cuba bertenang. Ya Allah, bantulah aku. Aku tidak tahu apa yang aku perlu lakukan. Apa pun tindakan aku akan memberikan impak pada yang lain.

Tiba-tiba ada rasa yang pelik. Rasa seperti melepaskan tali yang saya pegang erat. Tali yang saya bimbang ingin lepaskan kerana bimbang kehilangan. Terdetik dalam hati ini, aku tidak akan mampu menghalang apa yang telah dan bakal terjadi.

Ketenangan lalu menyusup masuk dalam hati. Alhamdulillah, walau berat mana pun hari ini saya tidak triggered, malah dapat melakukannya dengan tenang sekali.

Terima kasih kawan-kawan yang saya hubungi untuk bertanya pendapat dan meluahkan kebimbangan saya. Pada mulanya saya rasa amat keseorangan, kehadiran kalian secara maya besar maknanya bagi saya.

Allah yang memberikan setiap ujian, Allah jugalah yang memberikan kita hati dan perasaan. Ya, kita akan selalu pula mengikut nafsu dan termakan hasutan syaitan. Apatah lagi bila diuji dengan galaunya pemikiran.

Poster peluklah anak dengarlah - inspirasi keibubapaan

Walaupun adakalanya keadaan mental saya menghalang saya untuk mengingat apa pun yang saya baca, saya akan cuba sedaya upaya saya menunaikan kewajipan solat. Walaupun rakaatnya terlebih bukan satu malah berulang tanpa sedar.

Usah sesekali menghakimi, jika tidak melalui.

Apabila seorang anak diuji, maka ibu bapa mereka juga turut diuji. Usahlah dicari salah siapa, carilah jalan kedamaian. Usah menuduh anak itu derhaka, usah juga menuduh ibu-bapanya tidak cakna.

Yang penting, mulalah mendengar.

Ada laungan minta pertolongan dan perhatian yang kuat tapi tidak didengari. Kita minta mereka kuat. Kita nak mereka belajar jadi kuat. Tapi sebenarnya kita yang tak kuat.

Kita tak kuat untuk membantu.
Kita tak kuat untuk mendengar.
Kita tak kuat untuk ada di samping mereka.

Jika kita kuat, tidaklah mereka menjadi lembik dan manja. Malah mereka akan lebih percaya diri dan juga kita. Mereka akan mendekat, bukan menjauh.

Apa yang kita mahukan untuk mereka adalah dari andaian apa yang terbaik untuk mereka. Namun kita tidak cukup kuat dan bersedia menerima reaksi dan cara mereka.

Ibu dan ayah,
Dekatilah anak-anakmu.

Saya tahu, kita penat.
Berapa banyak tanggungjawab perlu dipikul, dirancang dan dilaksanakan.

Namun semua itu untuk siapa?
Bukankah untuk anak-anak kita?

Kita sediakan mereka untuk masa depan mereka, tapi jauhkan mereka dari kita saat masih lagi boleh bersama-sama.

Mereka perlukan kita sekarang.
Akan datang kita tak tahu pun apa akan jadi pada dunia. Bukan kuasa kita, usahlah kita bersangka-sangka.

Peluklah anak, dengarlah.
Selagi mereka atau kita masih ada.

Sampai masa dijemput Tuhan maka tinggallah dunia ini dengan seisinya.

Elin 12/09/2025
#UniversityofHome

Ditulis oleh: Kak Elin

Ditulis oleh: Kak Elin

Terima kasih kerana sudi membaca nukilan kak Elin di blog noorazlin.com ini. Semoga perkongsian kali ini bermanfaat dan juga dapat menjadi tauladan kepada pembaca yang kak Elin hargai.

Sebarang pertanyaan boleh email: elin@noorazlin.com 

Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima)

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Inspirasi dan sokongan keluarga untuk individu OKU mental mencapai kebahagiaan dan kesejahteraan
Hai, saya Kak Elin 🌸
Dalam The Story of Elin, saya berkongsi kisah hidup saya tentang cabaran, keluarga, dan perkara-perkara kecil yang mengajar kita erti kehidupan.
Semoga setiap catatan memberi sedikit inspirasi atau senyuman kepada anda.

Jemput Follow:

buy me a coffee

Trending Posts

Categories

Recent Posts