Alhamdulillah, hari ini berkesempatan untuk menulis review ini di blog. Plan asalnya memang nak upload di sini, tetapi keadaan kesihatan tidak mengizinkan. Jadi saya rakam video dan upload dahulu di YouTube, TikTok dan Facebook. Baik, jom kita mulakan ya.
Jom tonton!
Saya sebenarnya sudah lama ingin mendapatkan sambal kentang goreng Abang Long Feroz Zaini ini, namun baru kali ini berkesempatan untuk bertanya sama ada ianya boleh dipos ke Puncak Alam. Pos sambal kentangnya lalu di wall saya, walaupun saya telah berehat dari media sosial beberapa hari. Jadi saya rasa ianya bukan saja lalu—ini peluang saya untuk merasainya dan berkongsi rezeki.
Iklan yang lalu di wall saya telah tiada, tetapi kandungannya sama dengan yang ini.
Ada sesuatu tentang insan ini yang menarik perhatian saya. Pertamanya, dia juga mengalami masalah anxiety seperti saya. Keduanya, saya dapat rasakan dia seorang yang jujur dan berpegang pada prinsip. Ketiganya, saya faham akan kondisi kewangannya juga seperti saya sekeluarga. Saya dapat lihat diri saya pada dia, cuma saya pasti ujian kami berbeza.
Saya kagum dengan semangat Abang Long untuk menjana pendapatan dan meneruskan kehidupannya. Saya melihat cubaan-cubaan dia untuk menambah sumber pendapatan dengan pelbagai cara, dan yang terbaru saya juga lihat dia ada menjual dadih pula. Kuat betul semangatnya, dan saya tahu sebagai insan yang diuji dengan anxiety, ianya usaha yang amat memenatkan fizikal dan mental.
Pakej yang saya beli adalah Sambal Kentang Goreng Aries dan Buku Aku dia dan Rezeki 2. Novel Lembayung Kasihmu itu adalah hadiah percuma pakej ini.
Bungkusan pakej yang saya beli dibalut tebal dengan bubble wrap. Bukan selapis tetapi berlapis-lapis! Mungkin untuk elakkan bekas sambal pecah sepanjang proses penghantaran oleh pihak kurier. Alhamdulillah, memang langsung tiada tumpah dan produk diterima dalam keadaan baik sekali.
Sambal Yang rangup dan sedap.
Setelah membuka bungkusan, saya cuba sedikit sambal dari balang. Sedap! Alhamdulillah cukup rasa, tidaklah begitu pedas, ada manis dan masin yang seimbang. Kentangnya rangup, bila dikunyah bunyi krup krap tu (maaf video saya tiada ASMR). Walaupun disaluti sambal, kentang, ikan bilis dan kacangnya langsung tidak “liuk”. Masih rangup dan senang untuk dikunyah. Sambalnya juga istimewa rasanya. Saya jarang nak puji sambal orang lain selain Bro Nan, suami saya. Nampaknya kali ini sambal ini memberikan persaingan baru buatnya, haha!
Sambal Kentang Goreng Aries disediakan dalam balang. Yang ini tidak penuh kerana gambar diambil setelah suku telah selamat dimakan dengan nasi panas!
Sewaktu mula diperkenalkan, sambal ini dibungkus dalam bekas plastik petak berpenutup. Saya dapati ianya telah ditambah baik kerana risiko pecah dan tumpah lebih tinggi apabila dipos. Almaklumlah parcel pastinya bertindih-tindih dan bekas tersebut hanya sesuai sebagai bekas makanan untuk dimakan segera. Jika nak guna pun boleh, syaratnya dihantar sendiri barulah terjamin tidak rosak.
Sambal kentang goreng dimakan dengan nasi panas.
Kebetulan setelah buat video unboxing, Bro Nan hidangkan nasi dengan ikan bilis sambal. Ha, kena eloklah makan dengan sambal kentang goreng yang garing. Semua anak-anak saya sukakannya. Rugi pula beli sebalang sahaja, haha! Tidak mengapa, nanti boleh order lagi sebab memang sedap. Habis makan nasi, tinggal cuma 1/6 sahaja, kemudian licin dimakan begitu sahaja sambil bersembang lepas makan.
Kad perniagaan dan juga risalah produk lain yang disertakan bersama.
Saya dapati Abang Long ini meniaga mengikut tatacara yang bukan sahaja sopan, jujur dan cepat, malah sangat teliti. Semasa saya membelek buku, set business card dan risalah ini jatuh ke atas meja. Upselling, customer feedback, bungkusan yang kemas, mesej dengan bahasa yang hormat dan iklan yang menarik – saya amat kagum!
Tandatangan penulis buku aku dia dan rezeki
Saya juga dapati Abang Long ada menulis sesuatu di dalam buku tulisannya itu. Terima kasih ya. InsyaAllah, habis baca nanti Elin review buku Aku, Dia dan Rezeki 2 ini ya. Walaupun baru satu muka saya baca, saya sudah rasa teruja. InsyaAllah, Elin yakin ianya akan memberi manfaat kepada Elin di sini juga.
Kepada yang ingin dapatkan Sambal Kentang Goreng Aries, berikut adalah maklumat yang dikongsikan olehnya:
Dengan setiap pesanan Sambal Kentang Goreng, anda boleh dapatkan buku tulisan saya, Aku, Dia & Rezeki 2.0 dengan harga RM10 sahaja dan akan mendapat senaskhah buku percuma serta kalendar percuma (terima kasih kepada seorang hamba Allah yang menaja).
Dapatkan di Shopee:
https://shopee.com.my/mohdferoz910
Atau boleh mesej:
wasap sekarang
Buat pengetahuan pembaca semua juga, Abang Long ditimpa kemalangan beberapa hari lepas. Elin pun baru tahu dari pos anaknya. Boleh singgah di laman Facebooknya, Mohamad Feroz Zaini. Jom kita sama-sama doakan kesembuhan dan kemudahan buat Abang Long ya.
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua. Terima kasih kerana membacanya.












0 Comments