NoorAzlin.com

Saat Aku Tidak Menjadi Aku, Dia Tetap Ada

Semalam ketika fikiran saya agak tegang, saya ada menulis sesuatu yang panjang. Namun setelah melihat kembali apa yang ditulis, saya cuma simpan dalam nota di telefon.

Selepas fikiran saya mulai tenang, saya mula terfikir yang apa yang saya tulis itu berbunyi agak sinis dan mengajar-ngajar. Saya juga mungkin akan membuat mereka yang tak berkaitan turut terpalit rasa pedihnya.

Walhal saya yang katakan jangan begitu. Namun itulah, dalam keadaan emosi yang terganggu agak berbahaya bila menulis. Ada waktu saya tidak sedar sama ada ia patut dilakukan atau tidak.

Yang pasti, bila ada sesuatu berlaku yang menggamit trauma saya atau membuat saya triggered, rasa marah, kecewa, dan sedih itu meledak. Masa ini sangat bahaya. Saya mungkin gaslight atau merajuk dengan orang yang tidak bersalah.

Kebelakangan ini saya lihat Bro Nan tidak berapa sihat. Banyak kali dia tertidur kerana keletihan menguruskan keluarga. Waktu malam, saya pula info dumping sehingga jam 2-3 pagi. Pagi dan tengah hari dia keluar dan ambil anak sekolah pula.

Tadi dia kata kepala dia rasa berat sangat kebelakangan ini. Pada usia 52 tahun dan sejarah keluarga yang ada darah tinggi, saya sebenarnya rungsing juga dengan keadaannya. Menjaga orang sakit mental tentu ada kesan ke atas dirinya juga.

Saya bersyukur dikurniakan suami yang tabah sepertinya. Hanya Allah sahaja tahu betapa beratnya menghadapi saya ketika saya tidak menjadi saya. Sesungguhnya, menjadi caregiver bukanlah sesuatu yang mudah.

Video ini masa kami ke Pantai Batu Hitam tempoh hari. Dia siap buat bekal sandwich macam orang meniaga. Terima kasih abang, kerana menerima dan terus bersabar dengan keadaan isterimu ini.

Terima kasih juga buat sahabat-sahabat dari syurga yang telah membantu dan ada untuk saya. Doaku kalian semua dipermudahkan segala urusan dan sentiasa dalam kasih sayang Allah.

Elin 26/9/2025

Ditulis oleh: Kak Elin

Ditulis oleh: Kak Elin

Terima kasih kerana sudi membaca nukilan kak Elin di blog noorazlin.com ini. Semoga perkongsian kali ini bermanfaat dan juga dapat menjadi tauladan kepada pembaca yang kak Elin hargai.

Sebarang pertanyaan boleh email: elin@noorazlin.com 

Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima)

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Inspirasi dan sokongan keluarga untuk individu OKU mental mencapai kebahagiaan dan kesejahteraan
Hai, saya Kak Elin 🌸
Dalam The Story of Elin, saya berkongsi kisah hidup saya tentang cabaran, keluarga, dan perkara-perkara kecil yang mengajar kita erti kehidupan.
Semoga setiap catatan memberi sedikit inspirasi atau senyuman kepada anda.

Jemput Follow:

buy me a coffee

Trending Posts

Categories

Recent Posts