NoorAzlin.com

Teh Ais Berbuih & Overthinking Yang Tak Sudah

Benda pertama terlintas bila tengok ni, wow ada buih. Lepas tu eh ada tumpah dalam piring. Kalau buat sendiri memang dah hirup dalam piring tu.

Kat kedai tak boleh, silap haribulan saya bayangkan dapur dia, dan pada skala fikiran saya maka saya tidak dapat makan atau di luar selama-lamanya.

Overthinking.

Macam semalam saya reply mesej panjang-panjang kat kawan saya, dan kemudian sampai la ni saya takut saya terlebih fikir dan terlebih explain.

Sebab tu saya takut nak mesej atau reply pertanyaan baik di dunia nyata atau dunia maya. Saya bimbang saya buat orang tak selesa. Bimbang lepas ni mereka takut untuk menyapa saya lagi.

Ini berlaku bukan sekarang sahaja, sejak dari kecil. Bila saya tengok kawan-kawan sekolah bergaul dan bertegur sapa secara semula jadi, saya rasa sangat terpinggir. Saya takut untuk join kerana bimbang tersalah cakap.

Secawan teh ais berbuih melimpah melambangkan fikiran yang tidak berhenti berfikir

Sebab saya akan selalu excited nak share. Saya juga akan over explained. Tipikal sebenarnya neurodivergents macam ni.

Kami akan potong cerita orang sebab kami rasa itu cara kami tunjuk berminat dengan perbualan tu.

Jadi sekarang saya banyak diam, katup mulut rapat-rapat, hanya mata saya berbicara betapa saya terlalu banyak nak bercerita.

Malam-malam saya borak-borak dengan Bro Nan sampai dia berdengkur.

Waktu saya tulis ini air mata saya bergenang. Saya rindu kawan-kawan. Rindu adik beradik. Tapi saya tidak mampu untuk berinteraksi dengan mereka tanpa saya berfikir melebihi realiti.

Jadi saya pilih untuk mengelak, menyendiri, walaupun hakikat saya rindu. Saya tidak kisah orang saya tak kenali atau ada orang yang tak suka saya, tapi saya rindu mereka yang menerima saya.

Berbalik pada teh ais, ha 😆 lepas jadi macam ni saya gi kedai tu saya minta “ikat tepi mangkuk”, setel masalah haha!

– Elin 28/09/2024

Ditulis oleh: Kak Elin

Ditulis oleh: Kak Elin

Terima kasih kerana sudi membaca nukilan kak Elin di blog noorazlin.com ini. Semoga perkongsian kali ini bermanfaat dan juga dapat menjadi tauladan kepada pembaca yang kak Elin hargai.

Sebarang pertanyaan boleh email: elin@noorazlin.com 

Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima)

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Inspirasi dan sokongan keluarga untuk individu OKU mental mencapai kebahagiaan dan kesejahteraan
Hai, saya Kak Elin 🌸
Dalam The Story of Elin, saya berkongsi kisah hidup saya tentang cabaran, keluarga, dan perkara-perkara kecil yang mengajar kita erti kehidupan.
Semoga setiap catatan memberi sedikit inspirasi atau senyuman kepada anda.

Jemput Follow:

buy me a coffee

Trending Posts

Categories

Recent Posts