NoorAzlin.com

Yang Nampak Berani Tu Belum Tentu Sama Dalam Hati

Di sebalik apa yang dilihat, pasti ada yang tersirat. Selama ini saya dilihat sebagai seorang yang pandai bercakap dan berani untuk tampil ke depan khalayak ramai. Sejak dari sekolah rendah, saya dikenali sebagai debater, pemidato dan MC (Pengerusi Majlis).

Saya sering kali dilantik sebagai MC semasa belajar di universiti dan tidak kekok mengendalikan ratusan penonton atau peserta program. Namun, apa yang ramai tidak tahu, saya juga sering diserang panic attack semasa melakukannya.

Oleh kerana saya cuma tahu saya ada anxiety dan bipolar disorder pada usia 35 tahun, saya tidak sedar ianya adalah sebahagian daripada sakit saya. Bila panic attack berlaku, saya akan blank dan rasa seperti terpisah dari dunia nyata.

Semalam, sebelum mulakan tugas jadi live host, saya diserang panic attack lagi – sampai nak pakai tudung pun tak lepas. Lalu saya menangis lagi sambil yakinkan diri saya. Self talk adalah antara cara saya beritahu diri saya things are going to be okay.

“Tiada siapa paksa kau. Tiada yang sedang mengejar atau memarahi kau. Tenang, kau buat ni kerana kau nak buat.”

Catatan tentang keberanian dan pengalaman panic attack oleh Noor Azlin

Saya baca ayat Kursi atau apa-apa ayat yang saya mampu ingat. Kena faham ya, insan yang diserang panic attack bukan sekadar gementar dan takut macam manusia normal. Boleh sampai tahap lupa untuk bernafas. Jadi penting untuk tenangkan mereka dalam keadaan ini.

Kemudian perlahan-lahan saya cuba sarung balik tudung. Saya pakai sambil cakap satu-satu langkah – masukkan muka dulu, perlahan-lahan, ha tarik sikit. Saya bukan bercakap dengan sesiapa, ianya untuk self soothing. Sejak kecil saya memang selalu buat begitu.

Alhamdulillah, saya boleh mulakan juga job tu dan teruskan sehingga 3 jam. Terima kasih kepada yang join, hadir dan support saya semalam ya. Insya-Allah saya akan cuba lagi hari ini. Tidak lupa juga buat adik saya yang teman jadi moderator dan Bro Nan yang bantu uruskan anak-anak.

Terima kasih baca nukilan saya, saya amat menghargainya.

– Elin 7/10/2024

Ditulis oleh: Kak Elin

Ditulis oleh: Kak Elin

Terima kasih kerana sudi membaca nukilan kak Elin di blog noorazlin.com ini. Semoga perkongsian kali ini bermanfaat dan juga dapat menjadi tauladan kepada pembaca yang kak Elin hargai.

Sebarang pertanyaan boleh email: elin@noorazlin.com 

Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima)

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Inspirasi dan sokongan keluarga untuk individu OKU mental mencapai kebahagiaan dan kesejahteraan
Hai, saya Kak Elin 🌸
Dalam The Story of Elin, saya berkongsi kisah hidup saya tentang cabaran, keluarga, dan perkara-perkara kecil yang mengajar kita erti kehidupan.
Semoga setiap catatan memberi sedikit inspirasi atau senyuman kepada anda.

Jemput Follow:

buy me a coffee

Trending Posts

Categories

Recent Posts