NoorAzlin.com

Belajar Menaip Tanpa Melihat Keyboard: Perjalanan Saya

Saya ingin cuba menulis setiap hari sambil berlatih menaip. Ya, saya baru belajar menaip dengan cara yang betul tanpa perlu melihat papan kekunci. Selama ini, saya menaip guna jari telunjuk sahaja – tekan satu-satu.

Ini bukan kali pertama saya cuba mempelajarinya. Setiap kali saya belajar, saya lupa balik dan kembali menaip cara saya yang biasa. Saya masih ingat ada seorang pensyarah saya yang boleh menaip tanpa melihat papan kekunci. Saya rasa dia hebat sangat.

Mungkin bagi sesetengah orang rasa ia remeh sahaja. Tapi bagi saya tidak. Ini antara penghalang saya untuk menulis menggunakan desktop atau laptop. Ya, saya masih boleh menulis guna telefon, tapi saya nak elakkan.

Sebab bila guna telefon, saya mungkin akan hanyut jatuh ke rabbit hole. Bila membaca isu pula, saya akan over mengkaji. Bila terbaca komen yang negatif pula, saya jadi triggered. Bila log masuk guna pelayar di komputer, saya malas sikit nak scroll.

Sudut home studio dengan papan “University of Home”, lampu LED dan setup mikrofon di meja kerja

Namun, saya dapati agak sukar juga untuk saya melepaskan kebiasaan saya menaip dua jari. Saya belajar menaip guna aplikasi percuma sahaja, typing.com. Aplikasi ni bagus sangat dan senang nak belajar.

Cuma saya kena praktis menaip untuk Bahasa Melayu sendiri. Perkataan yang digunakan dalam aplikasi pula hanya Bahasa Inggeris. Otak saya memang sukar dilatih apabila melibatkan pergerakan anggota badan.

Apabila berlatih menaip pun sama, kena ulang banyak kali. Tinggal lupa balik. Kali ini saya nak cuba juga, dan tanpa sedar saya sudah menaip banyak perenggan pagi ini. Sebelum saya menaip ni tadi, saya menangis.

Sebab saya rasa hilang minat untuk buat apa-apa tiba-tiba, sedangkan pagi tadi semangat. Saya cakap kat Bro Nan saya penat dengan diri saya. Dia suruh saya tidur balik, tapi saya nak juga taip entri ini dahulu.

Terima kasih ya sudi baca tulisan saya.

salam sayang
Ditulis oleh: Kak Elin

Ditulis oleh: Kak Elin

Terima kasih kerana sudi membaca nukilan kak Elin di blog noorazlin.com ini. Semoga perkongsian kali ini bermanfaat dan juga dapat menjadi tauladan kepada pembaca yang kak Elin hargai.

Sebarang pertanyaan boleh email: elin@noorazlin.com 

Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima)

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Inspirasi dan sokongan keluarga untuk individu OKU mental mencapai kebahagiaan dan kesejahteraan
Hai, saya Kak Elin 🌸
Dalam The Story of Elin, saya berkongsi kisah hidup saya tentang cabaran, keluarga, dan perkara-perkara kecil yang mengajar kita erti kehidupan.
Semoga setiap catatan memberi sedikit inspirasi atau senyuman kepada anda.

Jemput Follow:

buy me a coffee

Trending Posts

Categories

Recent Posts