NoorAzlin.com

Nampak Steady Dalam Hati Allah Sahaja Yang Tahu

Semalam saya cuba sekali lagi jadi live host untuk adik saya. Bukan senang sebenarnya untuk saya lakukan sebab anxiety saya teruk sangat. Masa dia tanya saya berminat tak nak buat live host, saya laju setuju, lepas tu saya menyesal balik. Biasalah kluk klek bipolar saya tu, masa manic semua pun boleh! Jadi saya cuba la beberapa kali bulan lepas tapi ada benda triggered saya terus saya tak boleh teruskan.

Memang sukar untuk sesiapa nak hire orang sakit mental macam saya ni. Bukan setakat kena sabar bila saya triggered, malah kena bersedia jika saya “hilang” dan masuk gua. Mujurlah mereka yang sudi hire saya ni semua yang memahami dan baik hati. Saya tahu mereka sebenarnya nak bantu saya sebab saya memang perlukan jana pendapatan sebab lama stop buat affiliate.

Servis print Bro Nan pun tergendala sebab saya triggered bila ada pelanggan nak datang atau mesej. Mereka tahu walaupun saya ni sakit mental, saya suka kerja online yang macam ni. Mereka juga tahu risiko mengambil pekerja seperti saya, bila minta buat apa-apa saya hanya mampu buat bila saya ada rasa nak buat.

Tidak seperti manusia normal, rasa nak buat tu saya tak boleh nak cipta atau paksa. Saya tetap cabar juga keadaan saya ini, sampai tahap saya menangis dan meraung. Walhal nak up bahan dekat telegram sahaja, dan mereka yang upah saya sangat memahami. Itulah bezanya kemalasan dan sakit mental. Kami struggle memaksa diri kami dan frustrated.

Alhamdulillah berjaya juga live.

Wanita pesakit mental sedang beranikan diri jadi live host walau diselubungi anxiety

Macam semalam, saya hanya dapat live jam 9 malam lebih. Saya setup webcam background tu ambil masa dekat 2 hari. Rasa confident sangat saya boleh live, bila dah mesej saya anxiety saya datang say hello. Dari pagi saya tunggu tengah hari, akhirnya sampai ke malam. Adik saya standby jadi moderator Alhamdulillah dapat live lebih 3 jam walaupun pada permulaan tu saya rasa nak end dah sebab gemuruh sangat-sangat.

Terima kasih adikku kerana bantu Kak Elin ya.

Terima kasih kepada semua yang bantu saya baik dari segi kewangan, sokongan dan doa.

Terima kasih baca nukilan saya pagi ini ya.

– Elin 5/10/2024

Ditulis oleh: Kak Elin

Ditulis oleh: Kak Elin

Terima kasih kerana sudi membaca nukilan kak Elin di blog noorazlin.com ini. Semoga perkongsian kali ini bermanfaat dan juga dapat menjadi tauladan kepada pembaca yang kak Elin hargai.

Sebarang pertanyaan boleh email: elin@noorazlin.com 

Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima)

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Inspirasi dan sokongan keluarga untuk individu OKU mental mencapai kebahagiaan dan kesejahteraan
Hai, saya Kak Elin 🌸
Dalam The Story of Elin, saya berkongsi kisah hidup saya tentang cabaran, keluarga, dan perkara-perkara kecil yang mengajar kita erti kehidupan.
Semoga setiap catatan memberi sedikit inspirasi atau senyuman kepada anda.

Jemput Follow:

buy me a coffee

Trending Posts

Categories

Recent Posts